Pages

Thursday, December 23, 2010

YES (Year End Sale)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pejam celik dh dekat hujung tahun Masihi 2010. Setelah lama x update kt blog ni (kcuali kt facebook badge), di sini ditampilkan YES (Year End Sale). Wah, ayat promo gitu.

Apa yg menarik ttg YES?
- Ada pelbagai barangan termasuk tinted yg mendapat potongan harga yg sangat rendah. Oil Catch Tank, tinted, VS dan mcm2 lagi.

YES ni sampai bila?
- Sehingga 31 Disember 2010

Nk tgk detail kat mana?
- Untuk keterangan lanjut, bole hubungi 019-660 6365 (Afin) atau bole layari FB a.k.a facebook kami iaitu Mekapkereta Gilakereta. Kat facebook ni selalu update barang baru dan promo2. Jadi digalakkan kepada semua utk add kami di facebook :)

Sekian, terima kasih...Check it out!

Friday, October 8, 2010

Carbon Fibre Sticker



Carbon Fibre. Satu nama yg semakin selalu kita dgr. Apa maksud carbon fibre? Ok carbon fibre merupakan satu bahan komposit yg dihasilkan yg mana ianya ringan, tahan dan kuat. Kebanyakan kereta drag ke, drift ke, track ke, sume mengidamkan carbon fibre pada kereta masing2 terutama kat hud depan (nampak sket gagah dia. Hehe..). Sebabnya, selain dari nmpak smart, kete juga akan lebih ringan dan kuat sekaligus menjadikan kereta anda lebih laju dan mantap. Carbon fibre atau bahasa ringkas dia 'CF' ni senang je nk cam. Rupabentuk dia petak2 antara hitam dan kelabu. Jadi apa kene mengena sticker dan carbon fibre?

Kos untuk 1 hud carbon fibre mencecah ribuan ringgit (Mahal tu!!). Akan tetapi ramai yg suka pada corak dan bentuk cf itu sendiri. Jadi tidak hairanlah apabila banyak pengeluar sticker a.k.a vinyl mula menjual sticker yg mempunyai corak seperti carbon fibre (nk beli ori x mampu, sticker pn jadi la..emsem gak :D). Terdapat banyak pengeluar sticker cf, tetapi antara yg popular ialah 3M. 3M ni dikenali kerana ketahanan dan kualiti produk nye. Banyak sticker dan alat tulis yg dikeluarkan oleh 3M. Sekarang pun teknologi dah canggih. Sticker yg dikeluarkan pn dah menarik dan yg terkini bentuk 3D pada sticker tu sendiri. Dah hampir2 nk sama macam ori cf tu.

Selain dari balut bonet dan apa saja yg berkenaan kereta, ada jugak yg kreatif balut handphone, balut laptop dan sebagainya. Jadi, di sini saya tampilkan sedikit contoh sample sticker 3M yg ada berserta harga ;)

127cm x 1cm = RM 1
127cm x 10cm = RM 10
127cm x 100cm = RM 100

Saturday, September 25, 2010

Salam Lebaran


Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog dan facebook Mekapkereta. Agak lama x posting kt blog ni. Sementara masih di bulan Syawal ini, saya muatkan ucapan Kad Raya dari Afiniz Motorsport buat tatapn semua pengunjung. Terima kasih di atas sokongan anda.

Thursday, August 19, 2010

Promosi Ramadhan MerdekaRaya

Selamat berpuasa kepada semua yg beragama Islam. Di sini ada sedikit promosi utk semua pembaca blog saya dan penggemar Mekapkereta. Antara brg yg ada utk promosi seperti berikut :-

1. Silicon Wiper Grade AA (Blade warna kelabu) -> RM 10/sbtg (RM 20/sepasang)
2. Universal Intake Pipe/Rampipe -> RM 100 per set
3. HKS Mushroom Air Filter -> RM 30
4. Sard Fuel Regulator (Big Type) with meter -> RM 110 per set
5. Pivot Megaraizin with 5 point grounding cable -> RM 80 per set
6. HKS Fuel Saver -> RM 40 per unit
7. HKS Timer Biru dan Merah -> RM 55 per unit

Semua item di atas merupakan antara promosi sehingga Raya atau sehingga stok kehabisan yg mana sampai dulu. hehe..oh ye, kalau amik banyak, harga boleh dikurangkan lagi :) Nanti saya akan update skali ngn gmbar. Saya war warkan dulu promosi ini sementara stok masih ada =) Thank you..

Tuesday, August 3, 2010

5 Barang Pertama Untuk Kereta Anda

Jika anda lihat kat sebelah kanan, saya ada letakkan poll. 5 brg utk kereta anda. Kalo anda ada bajet, apa 5 brg yg anda nk beli dulu utk kereta anda. Kenapa saya buat poll ni? Ini kerana, saya akan membawa masuk directly top 5 item mengikut poll ni. Jadi, saya memerlukan anda untuk memilih 5 barang ini. Poll akan berakhir pada 10 Ogos. Pilih cepat, vote for the best =) Thank you.

Wednesday, July 28, 2010

Tinted - Sedikit Cerita

Semalam, lepas saya iklankan tinted, saya menerima byk pertanyaan tentang VLT dan juga IR. Jadi, saya terangkan sedikit mengenai tinted yg kami sediakan.

VLT tu bermaksud "Visible Light" atau jumlah cahaya yg boleh nmpak dari luar. Ini yg digunakan JPJ untuk melihat tinted ini lulus ke x. Semakin tinggi VLT semakin jelas nampak dari luar. semakin kurang VLT makin gelap la cermin anda.

Untuk IR plak maksud dia Infra Red. Ringkasnye IR ni nk tentukan jumlah haba yg masuk. Semakin tinggi IR maksudnye semakin kurang haba iaitu makin sejuk dlm kereta. Jika anda perhatikan, semakin tinggi IR semakin tinggi harga dia. Ini kerana, lebih tinggi IR, kereta anda akan jadi lebih sejuk.

Safety film. Yang ni merupakan antara trend yg glamor di masa kini. Sebabnye banyak kes pecah cermin sewaktu memandu, sewaktu berhenti di traffic light, sewaktu parking dan sebagainya. Jadi untuk mengelakkan cermin dipecahkan, safety film ini digunakan untuk keselamatan.

Itulah dia serba sedikit mengenai tinted :) Kalo ada nk tanya lagi, jgn segan silu untuk contact saya :)

Tuesday, July 27, 2010

Tinted Keliling - From RM 180 only




Selepas mendapat byk permintaan, di sini saya tampilkan promosi tinted. Kedai kami bertempat di Taman Midah, Cheras. Balakong, Kajang dan Rawang. Sebelum datang, sila buat appointment terlebih dahulu di talian 019-660 6365 (Afin). Untuk keterangan lanjut juga boleh call saya. Semua harga termasuk cermin depan sekali :)



Tinted Type A : RM 180
(VLT : 55%, IR : 55%, UV : 99%)
Grey, Blue, Green, Brown
5 years warranty.

Tinted Type B : RM 280 (Deluxe)
(VLT : 56%, IR : 68-70%, UV : 99%)
Silver, Blue, Green, Gold
7 years warranty.

Tinted Type C : RM 480 (Master)
(VLT : 52%, IR : 76-80%, UV : 99%)
Silver, Blue, Green, Gold
8 years warranty.

Safety film 4mil (Nano Technology) : RM 499
(VLT : 55%, IR : 70-80%, UV : 99%)
Silver, Grey, Gold
8 years warranty.

High Performance Solar Film
(VLT 67%, IR 90%, UV 99%)
Solar Blue : RM 980 (8 years warranty)

High Performance Solar Film
(VLT 70%, IR 94%, UV 99%)
Solar Green : RM 1080 (8 years warranty)

Harga adalah utk semua jenis kenderaan saloon kecuali MPV. Kalo ada tinted lama, n nk bukak, upah bukak hanyalah RM 50 sahaja.

Monday, July 26, 2010

Ultra Racing Bars (Original) - Lifetime Warranty




Inilah antara barang yg diidamkan ramai kaki kereta di luar sana. Ultra Racing bars. Kebanyakan kereta leh pasang bar ni. Untuk apa besi2 ni? Ok, selain dari bergaya, dia juga mampu menjadikan kereta kita lebih stabil sewaktu pemanduan. Tujuan bar ni gak untuk meningkatkan dan menguatkan chassis tanpa mengorbankan spesifikasi asal.

Ultra Racing ni mmg dh proven di litar lumba dan pemanduan biasa. Mereka juga telah dianugerahkan Asia Pacific Super Excellent Product Excellence Award (2007),
Asia Pacific Top Brand (2009) and ISO 9001:2008 (2010). Jadi tidak diragui kualiti dari Ultra Racing ni.

Ada pelbagai jenis bar yg dihasilkan Ultra Racing. Ada strut bar, rear bar, anti roll bar dan pelbagai lagi. Pastikan yang original dengan ada serial no dan bar code pada bar tersebut. Jika ada yg berminat, bole sms, call or email or fb mekapkereta pn bole utk tau spec n quotation kerana setiap kereta berbeza dan chassis masing2 juga berbeza :D Jaminan yg diberikan utk bar ini? Lifetime.. :)

HKS Air Filter (Open Pod)





Sebelum ni saya penah post pasal CAI. Tujuan CAI untuk menyalurkan angin pada air filter open pod. Jadi di sini, apa yg saya nk tampilkan ialah HKS Air Filter Open Pod. Untuk air filter aka penapis angin, ada 2 jenis iaitu open pod dan juga drop in. Apa beza dia? Ok, Open pod ni filter dia berada kt luar. Maksudnye dia terbuka dan boleh nmpak bila kita bukak engine bay. Drop in ialah filter yg digantikan dari filter asal. Maksudnya bentuk sama tapi elemen dalam filter tu yg berbeza. Utk power yg lebih, ramai kaki racer sukakan open pod. Akan tetapi dia terdedah kepada tahap kepanasan melampau dalam engine. Itu la ada yg pasang heatshield dan CAI utk kasi udara flow cantik dan x panas sgt di sekeliling engine bay tu :)

Drop in? lebih pada plug n play, ganti filter asal je. From my past experience, drop in better than standard. low end torque pn improve. Beli terus bubuh banding ngan open pod yg kene pasang ram pipe dan sebagainya. Tapi power open pod mmg best. Tambah2 bile dengar kuasa sedutan dia. Huhu..ok di sini saya tampilkan 2 jenis open pod iaitu HKS Mushroom (jenis span ijau) dan HKS cone type. Beza antara 2 ni? Mushroom bole gantu span dia kalo malas nk basuh. Cone tidak. Tapi masih boleh dicuci. Harga? RM 45 untuk cone type, RM 50 untuk mushroom :) Zuuuppppp...

HKS Timer Type 0 - RM 150




Sebelum ni ramai yg membeli Apexi Pen Timer yg saya pernah post beberapa bulan dulu. Alhamdulillah terima kasih semua. Fungsi2 basic timer pn saya dah terangkan di post terdahulu.

Jadi untuk HKS Timer Type 0 ni, saya cerita sikit sahaja la mengenainya. HKS merupakan pengeluar turbo timer pertama di dunia pada tahun 1982. Boleh dikatakan HKS mempunyai pengalaman yg cukup byk especially performance parts. Pada ulangtahun mereka yg ke 35, mereka telah mengeluarkan timer yg dikenali sbg HKS Timer Type 0.

Timer ni mempunyai lampu merah LED, 2 jenis mod timer, battery voltage meter dan fungsi amaran. dia tidaklah tebal, mempunyai bentuk seakan apexi pen timer tapi petak sedikit. Untuk timer ini juga, diberi jaminan 1 tahun. Untuk mereka yg gemarkan patent bersegi utk timer, ini adalah yg terbaik utk anda =)

HID Conversion Kit - RM 180



Lama rasanya x update kt blog ni. Sejak facebook mekapkereta dh ada, jadi gian facebook plak. haha..

HID Conversion Kit. Rasa ramai dh tau HID ni. Secara ringkas, HID bermaksud High-Intensity Discharge. Berbanding dengan lampu biasa, cahaya yg dihasilkan oleh HID lebih terang. Sekarang byk syarikat kereta yg dh kuarkan kete with HID built in. Contoh Stream, Civic 2.0 dan kebanyakan kereta mewah lain. Cahaya yg dihasilkan sedikit keputihan berbanding lampu biasa.

Untuk HID conversion kit yg saya ada ni, dia termasuk skali ballast n mentol (mentol ni tgk jenis kete, ada yg H1 ada H4, bergantung). Lampu HID ni mmg terang dan jelas sewaktu pemanduan di waktu malam. Produk jenama HID ni diimport dari Taiwan dan mempunyai 1 tahun jaminan di atas kit (termasuk mentol skali). Harga HID ni x kira samada 4300K hingga 10000K pn, masih sama. Harga yg sgt murah dikira dengan jaminan yg diberi. Jadi, mari kita sama2 menjelaskan pemandangan yg kabur =)

Saturday, July 10, 2010

Carbon Fibre Vinyl -> 3D Textured Cloth Type

Salam and selamat sejahtera to all. Lama rasa x update blog ni. Juz updated kt ruangan products. Sape2 yg teringin nk tgk barang2 lain leh tgk kt ruangan tu. Ada byk gmbr di sana. Juga kalau ada yg berminat nk buat beniaga barang2 aksesori ni leh cal or email.

Setelah lama x update ngn barang baru, ni sy update utk Carbon Fibre 3M Vinyl. Juz to share some info, maybe ada yg tau ada yg xtau, carbon fibre a.k.a CF ni sebenarnya adalah satu material yg digunakan mostly utk meringankan berat kereta. Tetapi harganya sgt mhl. 1 bonet/hud saje boleh mencecah ribuan ringgit. Lalu, pengeluar aksesori ni pn mengeluarkan sticker yg dipanggil CF look. Maknanya nmpak mcm carbon fibre.

Ada byk jenis sticker CF ni di pasaran. Utk produk ni, ianya made by 3M, one of d well known company yg buat sticker. Material dia plak dipanggil cloth type textured material sbb permukaan dia yg bole rasa ke'sisik'kan CF itu. Bukan seperti sticker CF biasa yg mana ianya hanyalah sticker biasa yg dicetak (print) bentuk CF tersebut. Jadi rasa tetap mcm sticker cuma gambar CF je. Hehe...

Saiz dan harga adalah seperti berikut :-

123cm x 50cm (48" x 19.7") = RM 50
123cm x 100cm (48" x 39.4")= RM 100
123cm x 150cm (48" x 59.1")= RM 150
123cm x 200cm (48" x 78.7")= RM 200


Item boleh COD di sekitar Putrajaya dan Nilai. Untuk sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi saya @ 019-660 6365. Ni ada sedikit sample utk tatapan anda ;)

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Thursday, May 13, 2010

Silicon Wiper (Boneless) - RM 35/pair


Inilah brg yg paling ditunggu-tunggu dan paling laris buat masa ni. Silicon wiper yg berharga RM 35 sahaja sepasang. Apa best wiper ni? Wiper ni jenis boneless. Maksudnya xde tulang. Mudah lentur dan ikut lengkungan cermin kereta anda. Semua kete bole pakai cuma nk tau saiz je (lain kete lain saiz). Kenapa murah wiper ni? Sbb kami amik borong. Huhu..kalau ada yg berminat nk jadi pemborong pn bole arrange.

Apa bagus silicon wiper banding ngan wiper getah? Silicon wiper ni mesra alam, lebih tahan lama, mengelap dengan lebih berkesan serta jenis yang 'boneless' membuatkan cermin anda dapat di'wipe' dengan lebih rata. Ayat buku la plak...haha :D Jadi apa anda tunggu lagi? Sediakan silicon wiper sebelum hujan. hahaks...

Tuesday, May 4, 2010

CAI Hose (Cold Air Intake) - RM 40


Amcm layout baru kt blog? saje bg fresh new look. If ada masa nnti akan dikemas2 emsem2 kan lagi. He...ok, back to topic. CAI? Mungkin ada yg tertanya, amende plak CAI ni. Ok, CAI ni singkatan utk Cold Air Intake. CAI ni berfungsi nk salurkan udara sejuk pada air filter kereta (open pod). Udara yang sejuk dapat membantu pembakaran yang lebih sempurna pada kebuk pembakaran. Kira pembakaran pn berjalan lancar, secara x langsung, kereta akan lebih smooth (power sket) and minyak pn lebih jimat. Kira petrol tu terbakar habis serta dapat mengurangkan endapan karbon pada enjin. Ayat buku la plak. Hahaks...



CAI ni salunye dipasang pada bumper. Ada yg tebuk bumper, ada yang ganti lubang fog lamp ngn intake hose ni. Terpulang pada citarasa masing2. Cuma dinasihatkan jgn letak rendah sgt, takut nnti bila redah banjir, air pn disedut terus masuk. Hose ni multiflex, maknanya dia fleksibel. Leh bengkok2 utk menuju ke air filter tu. Panjang hos ni adalah 1 meter apabila ditarik habis. Harga? RM 50 je. Murah dan bes kan? Jadi apa lagi, kasi pasang pada kereta anda utk nmpak ganaz sket dan udara nyaman pada air filter anda :D

Friday, February 12, 2010

Rockford Fosgate Component Set - RM 220

Lama gak x post kt blog. Byk benda coming up. Kini Afin Motorsport kembali dgn barang baru. Component Set Rockford Fosgate. Maybe ada yg pnah dgr, ada yg x. Ok, Rockford Fosgate ni antara audio manufacturer yg agak top gak di pasaran. Byk sbnrnya aftermarket brand di pasaran mcm Sony, Kenwood, Pioneer, Mohawk, Caliber dan etc. etc..Produk ni sbnrnya ialah speaker bulat (yg 6 inci salu org buh kt pintu depan) berserta dgn tweeter (benda kecik bulat yg org letak penjuru atas dashboard) dan crossover (benda ni ada stgh letak kt glove box, dlm pintu, bgantung pada citarasa). Ok, dia dinamakan component set sbb dia dtg 3 brg skali, pendek kata 3 in 1 la. Jadi sound pn lebih sedap pada harga yg sangat2 murah. Pic for this stuff will be uploaded soon =))

Thursday, February 4, 2010

Kenwood Speaker 6x9 (4way - 400W) - RM 100



ICE? Utk yg salu ske main audio, perkataan 'ICE' ni mungkin biasa. Maksud 'ICE' ni ialah In Car Entertainment. Kira ape2 yg berkaitan dgn hiburan dalam kete dinamakan ICE. Radio, Speaker, Tweeter, Double Din, etc...

Kenwood speaker ni antara pisang gorg pns la sbb dari segi kualiti mmg bagus, 400W, 3-way lak tu. Cuma mungkin bentuk dia yg bujur jadi x banyak yg letak di sisi kereta (speaker pintu). Banyak kereta yg letak speaker ni pada papan belakang yg kt belakang seat passanger tu. Output dia yg kuat tu yg membuatkan sound dia sedap. Kira kalo bajet rendah tp nk bunyi sedap didengar, pakai speaker ni pn best dh. Speaker ni antara yg murah gak la di pasaran sbb brand pn Kayu Ken (Kenwood). Saga, Wira, Iswara antara yg banyak pakai speaker ni sbb mudah nk letak dan rege pn murah (affordable).

Thursday, January 28, 2010

Pivot Push Start Button (Blue Light) - RM 60


Fungsi push start ni utk menghidupkan enjin dengan hanya menekan butang. Ala2 BMW E46, Honda S2000 n Audi (mcm dlm citer Transporter 3). Sbnrnya push start ni ada byk jenis, tp yg ni yg paling mirip pada BMW E46. 99% replica mcm pivot. Bila tekan je dia akan kuar lampu biru. Mmg emsem la n nmpak smart. Selain dari utk menghidupkan enjin, bole guna utk safety gak. Sbg contoh, masa installation benda ni, leh buat setting seperti:-

1. Start hanya menggunakan push start
2. Start menggunakan push start atau kunci
3. Start dengan menekan push start serta memutarkan kunci pada masa yg sama =D

Selain dari nmpak bergaya, push start ni mempunyai ciri2 keselamatan jika anda memilih setting no 3. Kira kalau nk start kete kene buat serentak or enjin xleh start.

D1 Bonnet Pin (Black & Carbon Fibre) - RM 99 & RM 170








Bonnet Pin ni dulu byk kete lama pakai. Org panggil muscle car la mcm Mustang n Shelby kt US dulu. Then org racing byk pakai. Fungsi bonnet pin ni nk lock bonnet / hud kete dengan ketat supaya x terbuka masa memandu especially ketika high speed. Sbb tu kete racing pakai bonnet pin ni. As time goes by, bonnet pin ni pn dh evolve jadi patent yg lebih menarik dan selak a.k.a kunci hud pn dh xde kt atas bonnet mcm zaman dulu. Skrg ni selak tu kt sblh dalam. Selain menampakkan ciri2 estetika yg menarik, bonnet pin ni pn bg nmpak kete lebih garang dan kunci hud tu dgn lebih kemas. nk bukak pn lebih mudah, mcm nk bukak pintu kete je. Jadi tunggu ape lg? Mari menggarangkan kereta anda =D

Apexi Pen Timer (Red & Blue LED) - RM 60

Photobucket

Photobucket

Fungsi asal timer nk bagi engine running walaupun kunci dh dicabut. Sbbnye nk bg engine cool down especially after hard driving (bawak laju or jalan jauh). Dulu majoriti yg pakai turbo ada timer ni, tp skg even N/A pn pakai sbb nk jaga engine. Apexi Pen Timer ni adalah antara yg paling popular skrg. Sbb? Ni antara yg paling murah, cun, emsem kecik (mcm pen) dan ada function seperti battery meter, 02 reading and air fuel ratio (A'F). Yg ni replica je (made in taiwan) but still ada 4 function (Battery, Timer, O2 and A/F) dan warranty 1 tahun utk produk ni. Kira kalo rosak, tukar 1 to 1 if product defect. Sama mcm original la =D Ada 2 color utk LED display (Red & Blue). Maybe ada timer sama tp harga lbh murah. Try compare dulu adakah made in taiwan or china? Ada 4 or 2 function? Berapa lama warranty yg diberi? Jadi, buatlah pilihan yg bijak =)

Wednesday, January 27, 2010

Pivot Volt Stabilizer + 5 Point Grounding Cable = RM 120

Pivot Volt Stabilizer Ori Japan - Hot Item!
pivot


pivot


Photobucket

Kegunaan Volt Stabilizer (VS) ni adalah untuk menstabilkan arus elektrik di dalam kereta. Pengaliran arus yg terhasil dari bateri kadangkala akan menyebabkan kereta menjadi 'jerking', lampu tiba2 malap, audio kurang jelas, etc. Untuk melengkapkan VS ini, grounding cable juga disertakan dalam pakej ini. Grounding cable bertujuan untuk membumikan cas2 elektrik yg berlebihan. Gabungan VS dan grounding cable ini melengkapkan pakej pengawalan arus dan cas elektrik di kereta anda.

Pemanduan akan menjadi lebih lancar, lampu lebih jelas dan kualiti audio lebih baik etc.
Bagaimana kami tahu? Kami juga pemandu seperti anda..ahaks =p

Sunday, January 24, 2010

D1 Oil Catch Tank


D1 Oil Catch Tank - RM 80

Ni la dia tangki tangkap. Keje dia tangkap minyak =p Oil catch tank ni fungsi dia utk menangkap minyak2 itam yang kotor. Camne jadi minyak itam yg kotor? Ok, apabila pembakaran berlaku, sepatutnya campuran minyak itam, percikan api, bla bla yada yada akan menghasilkan gas / asap. Tp bila combustion atau pembakaran x lengkap berlaku, minyak2 itam td akan turun semula ke engine dan menjadikan keladak dlm engine. Secara x langsung jangka hayat enjin akan jadi pendek. Jadi dengan adanya oil catch tank ni dia akan tangkap minyak2 yg jadi keladak tu so that tak le turun masuk engine. So secara x langsung melancarkan perjalanan dan jangka hayat engine. Bila engine bergerak lancar, kereta anda akan dpt menjimatkan penggunaan minyak. Pakej ni datang sekali dgn hos transparent. Jadi seronok ada tangki tangkap D1 ni sbb lawa dan berfungsi. Chaiyok...

Saturday, January 23, 2010

D1 Lug Nut




D1 lug nut
Digunakan utk ikat rim. Ni antara trend masa kini, siap kaler2 lagi tu. Ikut citarasa masing2. Ada byk jenis, i.e lug nut yg panjang (5cm), ada yg size biasa, berlubang tengah, bertutup, bukak dari luar, bukak dari dalam lug tu sendiri. Kirenye selain dari fungsi asal nk ikat rim, dpt gak jadi aksesori nk mekap kereta =p

Harga? Dari RM 75 - RM150 bergantung pada jenis lug tu sndiri.

Berminat? Ape lagi, cal or sms 019-2438986.
Beli 1 dpt 16 =D
(16 biji nut 1 set)

Friday, January 22, 2010

Afin Motorsport ni ape plak?

Ok sambungan kisah drama yg x brape nk drama mcm nur kasih tu, hehe..ni apehal plak ada banner Afin Motorsport kt cni? Sponsor ke? Blog ni afin motorsport punye ke? Jawapan adalah seperti berikut....kita minum dulu :p Byk mengarut dh aku ni. Begini alkisahnye...

Disebabkan aku ni minat pasal kereta dan Mekap Kereta, maka aku selalu jugakla carik2 barang2 yg sesuai, menarik, affordable, reliable dan mcm2 lagi utk kete aku. Kete aku xla kuat ataupun power ataupun dahsat cuma STP je (Standard Tapi Power) Hahaks...Jadi apabila aku berjaya mencari barang2 kete ni, aksesori dan sebagainya, aku pn terfikir, apa salahnya jika aku share sekali minat aku ngn org2 yg minat aku, eh silap, minat mcm aku :D Kemudian tertubuhla Afin Motorsport untuk memudahkan aku berkongsi minat, membantu mereka yg nk cari barang pada harga yg murah tp kualiti, ada warranty dan yg penting skali menguntungkan semua :)

But of course, dalam web ni jugak mungkin aku akan review sikit pasal kete, latest model ke, pendapat aku, spyshot dan sebagainya. Sebab aku nk jadikan web mekapkereta ni satu bumbung utk mereka yg bukan sekadar minat pasal kete, tp minat nk mod kete, nk tahu pasal barang terbaru or gadget utk kereta mereka. It's all about cars la. Jadi kalau ada yg nk bg cadangan ke seperti tmpat yg best nk sebis kete, ada event Drag Race ke, Drift dan sebagainye, boleh la email kt aku so bole letak kt blog ni. Impian aku untuk blog ni?Untuk menjadikan ianya one-stop centre buat semua penggemar kereta. Chaiyok!!

Mekap Kereta?

Salam and hi to all. Mekap kereta? Nape pakai nama tu kt url ni? Xde nama lain ke? Huahuahua...sebenarnya mmg xde pn. wakakaka...ok, ni cerita sebenar. Pada suatu hari.....bla bla bla....nk merepek dh aku ni. Huhu...cani, aku ni mmg suke kereta. Minat sangat kereta, tp bukan takat minat tgk kereta, minat mekap kereta jugak. Mekap kereta ni pada dasarnya ada 2 kategori iaitu a) Konsep modifikasi b) Kosmetik. Modifikasi ni adalah modify kereta nk bagi laju la senang cite. Tukar exhaust system utk lebih kuasa, air filter, highcam, bla bla bla...yada yada...keching keching!! 'fuh, laju tuu...'

Kosmetik? Alat solek ke? Lebih kurang la. Kalau pompuan ada alat solek, hatta kereta pn kene bersolek juga. Cuma 'alat solek' kereta ni je lain sikit. Tukar rim, bubuh lampu lip lap lip lap, pasang radio yg bunyik dia mengalahkan org tgh main orkestra :p dan yada yada...bla bla bla....di mana akhirnya org akan ckp mcm ni...'walawei, lawa la kereta brader'.

Secara dasarnya itula sbb aku pilih nama url ku sebegini, kerana minat yg mendalam terhadap kereta.... Hehe 'abistu, yg afin motorsport ni ape plak?' nk tahu lebih lanjut? Tunggu...