Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera..
Entri kali ni nk citer sket pasal
'trend' penjual a.k.a
tint installer dalam mempromosikan produk mereka. Sekadar untuk info kepada semua pengguna / bakal pengguna tentang jenis
tinted yg tgh panas sekarang ni. Made in USA :)
Kepada masyarakat di luar sana, kami ingin maklumkan bahawasanya
tinted yg berharga RM 160, RM 180..sng citer bawah RM 200 BUKAN "MADE IN USA". Sememangnya produk dari USA ni majoriti adalah yg berkualiti tinggi termasuk
tinted. Jika gred kualiti yg rendah sekalipun, kos untuk membawa masuk produk ini juga menelan belanja yg tinggi. Jadi jika ada yg mengatakan ianya dari USA, tidak tepat sama sekali (kecuali peniaga ni mmg nk rugi :D ).
Kenapa kami suarakan perkara ini? Kerana ramai yg mudah tertipu dengan iklan sebegini. Kami juga boleh
'claim' semua produk kami dari USA, tapi itu tidak jujur dan tidak beretika. Jadi, setelah ramai pelanggan bertanyakan kepada kami, biar kami jelaskan di entri kali ni supaya ramai yg memahami dan mengetahui perkara ini supaya anda tidak tertipu dengan taktik perniagaan seperti ini ;)