Pages

Saturday, June 27, 2015

Tinted Bubble



Entri kali ni nk cerita sikit mengenai gelembung di 'tinted' a.k.a tinted bubble. Kami perlu menerangkan perkara ini agar dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat terutama yg baru kali pertama nk pasang tinted di kereta atau yg 'pandai sangat'.

Jaminan
- Antara perkara utama yg pelanggan akan tanya ialah bape tahun jaminan. Jaminan dari segi apa? Ok, jaminan yg dimaksudkan ialah sekiranya terdapat gelembung / bubble pada tinted dan juga pudar x sekata. Maksud pudar x sekata tu bila ada 1 cermin je pudar, yg lain masih maintain lagi warna nya. Pudar tu mmg pasti, x kira apa jenis tint. Cuma berapa cepat dia pudar tu bergantung pada jenis tinted dan berapa kerap kereta jemur tgh panas. Jadi kalo ada 1 cermin je yg pudar dgn cepat berbanding yg lain, maksudnya ada masalah pada tint tersebut. Kalo semua pudar sekata je, tu normal la ye :) Oh ye, kebiasaannya tinted akan nampak pudarnya lebih dari setahun dan ke atas bergantung pada tahap jenis tint dan juga tahap pendedahan kenderaan terhadap cahaya matahari :)

Bubble
- Ok, ramai yg tanya pasal bubble ni. Normal ke bubble ni? Kenapa ada bubble? Boleh ilang ke bubble ni? Tau pasang x ni? dah bape lama pasang tinted? 

Bubble pada permulaan pemasangan pada cermin adalah normal. Kadangkala ia mengambil masa beberapa minggu hingga sebulan utk hilang. Jika masih ada, boleh datang semula utk claim warranty. Tapi kenapa ada bubble? Bubble disebabkan oleh merupakan udara yg terperangkap sewaktu pemasangan. X bole buat xde bubble langsung ke? Bole kalo pasang dalam keadaan vakum. Haha..kalo x paham vakum tu apa, kene belajar balik sains lepas ni. Secara ringkasnya, vacuum adalah keadaan di mana suatu tempat yg langsung tiada partikel udara :) Macam kt outer space plak :P

'Tapi saya tengok ada je bubble kecik2 dekat tint ni' kata pelanggan. (Padahal jarak

Sebenarnya tiada istilah perfect installation dalam pemasangan tint. Hatta dari professional installer yg dah pasang tint lebih dari 20 tahun dari USA dan dah masuk beberapa pertandingan tint installation pn bagitahu mmg akan ada nampak sedikit bubble dan itu normal :) -bole refer di http://www.tintdude.com/forum/index.php/topic/80886-brand-new-tint-bubbles/ 
Kadang2 tu, customer yg terlalu details observation nye, mata dia akan 'rimas' bile nmpk bubble ni, padahal jarak antara mata ngn cermin tu hampir nk cecah batang idung.. huhuhu..

Jadi diharap para pelanggan dan bakal pelanggan dapat sedikit info yg berguna untuk manfaat kita bersama :)

Friday, June 12, 2015

Tudia Baq Ang..

Anda mungkin tercari cari tinted yg sejuk, tp bajet x besar. Kn kn? Kalo bole mmg nk IR 90, tapi rege mmg agak mahal sedikit. Sekitar 1000++..jadi mungkin x ramai yg berkemampuan. Jadi, tinted bawah IR 90 ni x sejuk ke? Bukan x sejuk, cuma kurang sejuk berbanding dengan IR 90 ni. Hehe... Jadi apa tinted yg sesuai dengan bajet yg sederhana?

Ok, sebenarnya tinted yg IR 70 ke atas mmg dah rasa dah beza berbanding IR 50 gitu. Kiranya IR 70 dh bole rasa sejuk berbanding IR 50. IR 50 ni mmg terasa sikit panas dia sbb kualiti dan material dia (sesuai la dgn regenye RM 160 je complete kete...huhu. Tapi tetap UV 99 tau yg kami punya). So tinted IR 70 ni yg mcm mn yg ada?

Seperti yg ramai bole tgk, antara yg paling popular ialah Chrome Silver Tint. Sbb rege dia RM 380 je complete kete. Murah dan terasa berbeza sejuknye. (Jangan bandingkan dengan IR 90 ye...hehe). Tapi kalo bajet anda sekitar lingkungan 400 gitu, ni la tinted yg paling sesuai. Sejuk dan berkualiti.

Pakcik ni mai dari Kulim baq ang nk tinted kt kedai kami khas utk kereta Toyota Rush dia. Terima kasih banyak pakcik sbb sokong kami walaupun mai dari jauh.

Info lanjut bole hubungi kami di 019-660 6365 atau kunjungi kami di Lot 1P, Kompleks IKS Sg Tangkas, Bangi :) Meh tgk gmbar ni...Tudia baq ang... Terbaekkk


Wednesday, June 10, 2015

Safety Silver Offer

Mungkin sebelum ni ada yg dh pernah lihat Safety Silver Tint kami. Kini dengan menghampiri Ramadhan dan Raya, kami bawakan kepada anda tawaran promosi utk Safety Silver Tint ni pada hanya RM 599  
RM 550 SAHAJA. Kenapa Safety Silver?

Ok, Safety Silver ni bukan sahaja Selamat (sbb kategori Safety), ia juga dalam kategori Metal Film yg keras. Lebih tahan gitu. Menjadikan ianya lebih menarik sbb digabungkan dengan 'material' yg sejuk dan jadilah ia Safety Silver. Sejuk dan Selamat gitu. Ramai pelanggan yg suka dengan tinted ni. Jadi kami bawakan tawaran khas untuk anda.

Lindungi diri anda, keluarga dan harta benda anda. :) Kami tampilkan contoh yg telah dipasang pada Honda Accord baru milik seorang pengusaha Butik Pengantin.

Kunjungi kami di Lot 1P, Kompleks IKS Sg Tangkas, Bangi. X jauh dari Shell Sg Tangkas. Info lanjut boleh hubungi 019-660 6365 (wassap pn bole). Terima kasih ;)

p/s : No plate kete ni mmg ditunjukkan atas permintaan pemiliknya. Hehe..