Pages

Thursday, November 26, 2020

Cara pilih tinted

Jika anda lihat, sekarang ini ada pelbagai promosi tinted dari RM 88 untuk sebuah kereta hingga ribuan ringgit. Tapi, apakah yang membezakan tinted ini sehingga jurang antaranya begitu besar?

Pertama sekali, kita perlu lihat kualiti tinted yang dipilih. Biasanya jika terlalu murah, ianya lebih kepada kosmetik sahaja dan tidak sejuk. 

Kemudian, lihat pada jenama. Kadangkala jenama juga mempengaruhi harga. Jadi anda perlu lebih bijak untuk memilih.

Bagaimana untuk memilih tinted sebenarnya? Di Mekapkereta Sejuk, kami tunjukkan bacaan menggunakan meter supaya pelanggan mendapat info yang sebenar spesifikasi tinted. Info lanjut boleh lihat penerangan kami di YouTube channel kami seperti berikut. Jangan lupa like, subscribe dan share ya 😊

Cara pilih tinted



Wednesday, November 18, 2020

Nissan oh nissan

Nissan Skyline, Nissan Silvia, Nissan Cefiro..

Ini antara kereta keluaran Nissan yang terkenal di seluruh dunia. Di Malaysia, ada satu lagi model Nissan yang boleh dikategorikan sebagai 'legend' iaitu Nissan Vannette. 

Boleh dikatakan van ini antara model paling 'evergreen' dan tahan lasak di Malaysia serta dikenali di kalangan peniaga.

Pelanggan kami ni pernah datang untuk tint kereta beliau sekitar 2-3 tahun lepas. Kali ni beliau datang bawa van yang baru dibeli untuk kami tinted kan. Panas sangat katanya bila tak pasang tinted.


Pasng tinted van ni memang ambil masa sikit, alhamdulillah kami dah sediakan ruang menunggu yang selesa untuk pelanggan dilengkapi dengan WiFi percuma (unifi), movies dan kudapan percuma. Ramai yang siap tertidur lagi, mungkin sebab selesa sangat kot 🤭


Terima kasih banyak kepada anda semua yang sentiasa menyokong kami.

#MekapkeretaSejuk