Secara ringkasnya begini.
Pertama sekali, anda akan diberi penerangan tentang jenis dan spec tinted yang ada. Spec tinted ni kami akan terangkan 3 benda. VLT, UVR dan IRR.
Nak tahu apa itu VLT, UVR dan IRR boleh tengok di sini -> https://youtu.be/_fIVkflr7zA
Nak bagi lebih faham dan jelas kami gunakan meter. Nama meter tu transmission meter. Meter ni boleh bagi bacaan VLT, UVR dan IRR bila kita selit tinted pada meter tersebut. Jadi anda boleh check sendiri spec tinted tu sama ke tak seperti yang kami 'claim'.
Nak check masa bila? Sebelum pasang boleh, lepas pasang boleh, nak check sebelum dan selepas pasang pun boleh. Terpulang pada anda.
Bila dah siap pasang, kita test pula guna solar power meter. Meter ni untuk tengok perbezaan dari segi keamatan cahaya (light intensity) yang dapat masuk melalui cermin bila dah ada tinted. Dalam erti kata yang lain, nak check berapa banyak cahaya masuk lepas pasang filem penapis haba. Nama pun penapis, jadi mesti lah anda nak check berapa banyak tapisan tu. Yelah, dah spend kan?
#MekapkeretaSejuk
#jomtinted
#KamiGunaMeter
#infomekapkeretasejuk
#10years