Pages

Saturday, September 23, 2017

Tekanan Angin Tayar & Spare Tyre




Tekanan Angin Tayar


Perasan tak pada bahagian tepi pintu kereta ada ditampalkan sticker mengenai info tekanan angin tayar? Info ini memberi maklumat kepada kita tahap tekanan angin tayar yang paling sesuai untuk kereta tersebut.

Kadang2 ada yang tak kisah pun, tak tau pun berapa tekanan angin yang sesuai. Ada yang berbulan-bulan tak isi angin tayar pun.

Penting ke angin dalam tayar ni? Lebih sangat pun bahaya, kurang sangat pun bahaya.

Angin yg terlalu kurang menyebabkan 'traction' ( keupayaan tayar untuk berhentikan kenderaan / cengkaman tayar) menjadi kurang. Ini disebabkan tayar menjadi lebih leper di jalan. Jadi 'handling' kereta akan menjadi kurang sempurna.

Kalau diperhatikan, apabila stereng dipusing ke kiri dan kanan, boleh lihat rim akan mengenakan beban yg berlebihan ke atas tayar. Ini boleh menjadi punca tayar koyak / meletup pada kelajuan yang tinggi.

Angin lebih menyebabkan permukaan tayar kurang menyentuh jalan. Amat berbahaya terutama jika jalan basah, tayar boleh meluncur licin dan tidak menyentuh jalan pada kelajuan yang tinggi.

Jadi pastikan angin di tayar kereta anda tidak terlalu kurang atau terlalu banyak.





SPARE TYRE



Ramai antara kita yg terlupa pasal spare tyre ni. Biasanya ia diletakkan di bhg dalam atau bawah bonet kereta.

Bila tayar pancit baru kita kelam kabut cari spare tyre. Ramai terlepas pandang untuk check angin spare tyre. Kalau angin spare tyre kurang,nanti elok2 tayar asal pancit, spare tyre pula lembik..

Fuh, masa tu mesti sakit hati kan? Jadi pastikan spare tyre anda pun sentiasa dalam keadaan baik. Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.

Jika diperhatikan, kebanyakan spare tyre sekarang lebih kecil berbanding dgn tayar asal yg anda pakai. Ini kerana tayar ni 'Hanya Untuk Sementara' sahaja atau juga dikenali 'Get You Home Tyre'.

Tayar kecil ini tidak boleh digunakan sebagai tayar bahagian hadapan. Jadi sekiranya tayar anda yg pancit tu tayar hadapan, rajin-rajin la tukar tayar belakang letak pada bahagian depan dan spare tyre td letak di belakang.

Sebabnya tayar depan adalah tayar yg kita gunakan untuk mengemudi kereta apabila stereng kereta dipusing ke kiri atau ke kanan. Kesan menggunakan tayar yang lebih kecil di bahagian depan menyebabkan bebanan tidak sekata, kereta menjadi senget seterusnya menyebabkan pengendalian menjadi kurang berkesan.

Jika spare tyre yang di pasang di bahagian depan digunakan bagi tempoh pemanduan yang lama, ia akan membahayakan penumpang. Jadi pastikan spare tyre ini hanya digunakan di bahagian belakang kecuali jika jarak pemanduan tidak jauh😊

#infomekapkereta
#mekapkeretasejuk
#jomtinted
#kamiUkurGunaMETER



No comments:

Post a Comment

Write your comment :)