Pages

Tuesday, December 5, 2017

Myvi Baharu 2018 (Kami dah tinted yawww...)

Khamis 16 November menyaksikan pelancaran kereta generasi terbaharu Perodua Myvi. Ada yang panggil Myvi 2018 atau Icon Evolved (berdasarkan generasi Myvi sebelum ni yg dipanggil Myvi Icon). Myvi yang baru ni merupakan model terbaharu sepenuhnya dari Perodua. Takde dah cedok dari Passo ke Boon macam model sebelum ni. Rekabentuk model baru ni direka sepenuhnya oleh pereka tempatan. Best ke Myvi baru ni? Meh kami share sikit berdasarkan lawatan kami ke Perodua Showroom baru-baru ni.

Myvi baru ni sebenarnya lebih 'sporty'. Kereta ni lebih rendah, lebih lebar dan lebih panjang berbanding Myvi lama. Dalaman kereta ni juga lebih luas. Sekali pandang macam kereta Continental pun ada juga. Ada yang kata macam Volkswagen Polo / Golf, Ford Fiesta dan lain-lain lagi. Itulah antara 'design' yang menarik pasaran sekarang ni. Tahniah kepada 'team' rekabentuk Perodua yang berjaya menghasilkan sesuatu yang baru dan segar. Model baru ni didatangkan dalam dua varian iaitu enjin 1.3 dan enjin 1.5. Untuk model 1.3 ada transmisi manual dan auto, tetapi untuk model 1.5 hanya transmisi auto sahaja. Menurut Perodua, permintaan untuk transmisi manual berkurangan. Jadi mereka hanya mengeluarkan model manual untuk versi 1.3 sahaja. Enjin juga enjin yang baru dipasang. Enjin 1.3 ni sebenarnya sama macam Bezza. 1.3L (Dual VVTI) sekali dengan Start Stop Button (untuk semua varian). Model 1.5 ni boleh tahan mengancam juga. Enjin ni sebenarnya sama macam Vios 1.5 baru yg ada Dual VVTI tu. Secara x langsung semua model myvi ni dapat penarafan EEV (Energy Efficiency Vehicle).

Ringkasnya, berikut adalah beberapa ciri menarik pada Myvi baru ni:-

- Lebih lebar, lebih rendah, lebih luas (Sporty look)
- Enjin yang lebih cekap tenaga. Dual VVTi. Eco mode EEV (Jimat minyak)
- Antena Radio bentuk Shark Fin mcm BMW, Honda
- Smart Entry with Start Stop Button (kunci dalam poket je)
- Lampu LED (lebih terang dan lebih tahan lama)
- Digital aircond (macam kereta mahal)

Itu antara yang dapat dilihat pada Myvi 2018 ni berbanding Myvi lama. Kenapa Myvi 2018 sedangkan keluar 2017? Tu kena tanya Perodua :D

p/s : Kereta Myvi 2018 ni dah datang kedai pasang tinted. Seperti yang kami iklankan, pelanggan pertama Myvi 2018 ni dapat free tinted. Tapi customer ni top up lagi nak bagi lebih sejuk kereta barunya. Jom layannn...

Mekapkereta Sejuk,
27, Jalan Suria 2,
Nilai 3, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan.

019-660 6365
06 - 794 6268

Cantik gak warna merah ni

Tinted IRR 70. Ikut Spec JPJ tapi Sejukkkk

Macam Jazz pun ada, VW Golf pun ada

Seronok Customer ni :D

No comments:

Post a Comment

Write your comment :)