Friday, March 29, 2013

Kandungan Kursus Memborong di China


Kandungan KURSUS MEMBELI & MEMBORONG DI CHINA-RM 50 SHJ termasuk sarapan. TIADA syarat TERSEMBUNYI =)

1. Pengenalan Negara China
2. Urusan membuat paspot dan visa
3 .Penempahan tiket penerbangan
4 .Perkara yang penting dan tidak penting utk di bawa
5. Penginapan di China (Hotel)
6. Restoran Halal di China
7. Pengangkutan tempatan di China
8. Persediaan Tambahan
9. Lokasi Memborong (Pakaian dewasa, kanak-kanak, aksesori kereta, aksesori wanita, alatan jahitan, langsir, jam dll)
10. Perancangan sebelum pergi memborong (solat, bekal dll)
11. Perbandingan harga antara barangan di China dan Malaysia
12. Penghantaran hasil borong ke Malaysia melalui laut dan udara
13. Shipping company yang dipercayai dan murah
14. Penghantaran barang dari pelabuhan ke tempat anda
15. Penghantaran Duit dari Malaysia ke pembekal di China
16. Pemborongan melalui Pameran Perniagaan

p/s: Terima kasih kepada semua yg telah mendaftar. Kepada yang belum, jom daftar segera kerana tempat terhad. Info lanjut hubungi kami di 019-660 6365. Sekian, terima kasih :)

Sunday, March 24, 2013

Safety Film Tinted di Mekapkereta Sejuk



Assalamualaikum..ditampilkan Safety Film Tinted / Security Film Tinted. Apa yang bagus tentang tinted ni?

Di sini kami ringkaskan tentang Safety Film / Security Film / Anti Theft Film.

Tinted jenis ni lebih kepada keselamatan. Maknanya tinted ni melindungi cermin dari mudah dipecahkan. Secara x langsung dapat menambahkan keselamatan anda / barangan anda dalam kereta. Jadi susah pencuri nak pecahkan cermin kereta anda untuk meragut / mencuri atau melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Selain daripada tu, fungsi asal tinted juga masih ada iaitu untuk melindungi anda dari panas matahari :)

Ni spec tinted seperti yang tertera :-

Safety Film - UV 99%, VLT 50%, IR 65%.
Harga - RM 450 untuk 1 kereta (termasuk cermin depan).
Jaminan - 7 Tahun.

Berhati-hati dengan kedai yang menawarkan tinted safety ni pada harga yang murah. Samada nipis, x sejuk atau pun jaminan hanya setahun. Pastikan anda mengetahui info-info yang berguna ini sebelum kereta anda di tinted kan :D

Jom Tinted di :-

Mekapkereta Sejuk
No 9G, Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor

019-660 6365 / 03-8740 8121

facebook.com/mekapkeretasejuk

Saturday, March 23, 2013

Tinted Chrome Silver



Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Ditampilkan kereta salah seorang pelanggan dari blog ni yg dtg buat tinted. Nama tinted ni Chrome Silver. Ni menepati spec JPJ dan ada reflective yang tinggi. Jadi lebih sejuk gitu. Spesifikasi tinted ni adalah seperti berikut :-

UV 99%, VLT 50%, IR 70%. Jaminan 6 tahun. 6 TAHUN tu!

Harga? RM 380 je termasuk tinted depan utk kereta sedan. (MPV, SUV / Van mahal sket sbb byk tingkap. Hehe..). Kepada yg berminat nk buat tinted ni bole datang terus ke kedai kami atau hubungi kami seperti alamat di bawah untuk info lanjut.

Mekapkereta Sejuk,
No 9G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor

019-660 6365 / 03-8740 8121.

Jom Tinted!

Friday, March 22, 2013

Kursus Beli & Borong di China

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Alhamdulillah sejak kami mula update kt blog ni tentang pembukaan kedai kami, dah ada customer yg datang. InsyaAllah kami akan cuba utk update kt blog ni se konsisten mungkin :D

Seperti yang anda sedia maklum, kami telah menjadi pemborong aksesori kereta sejak tahun 2010 lagi. Jadi di kesempatan ini, kami bersedia untuk berkongsi info, maklumat dan perkara yang perlu anda ketahui untuk membeli dan memborong di China melalui Kursus Membeli & Memborong di China.


Klik gambar untuk lebih jelas


Apa yang menarik?

- Anda dapat input secara terus dari pemilik syarikat yang telah menjadi pemborong dan kini membuka kedai fizikal nya sendiri.

- Maklumat secara terperinci dari sebelum bertolak ke China, sehinggalah anda memborong dan menanti barangan anda untuk tiba di Malaysia akan dikongsi bersama (dari A-Z la senang citer).

- Yuran hanya RM 50 SAHAJA dan terhad kepada 20 orang peserta sahaja untuk memastikan maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

- Untuk mereka yang minat nak berniaga, yang sedang berniaga atau yang ingin mengembangkan perniagaan amat dialu-alukan.

Jom sertai kursus kami sebelum terlewat. Tempat terhad kepada 20 ORANG SAHAJA. Makanan turut disediakan. Info Kursus seperti di bawah :-

Kursus Membeli & Memborong di China
Tarikh : 31 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 9am - 1pm
Tempat : Mekapkereta Sejuk, 
No 9, Jalan Putra 2, 
Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Telefon : 03-8740 8121 / 019-660 6365

Tuesday, March 12, 2013

Tips Pilih Tinted



Bajet

Komfem la  kan kena set bajet dulu..baru senang nak decide mana satu jadi pilihan hati =) (kecuali la kalo tak kisah harga berapa pun...asalkan nak terbaikkkkk punye..)


VLT
VLT iaitu Visible Light Transmitted, adalah bacaan bagi jumlah cahaya yang boleh nampak. JPJ akan cek VLT ni la utk tgok tinted kereta anda lulus ke tak. Makin kurang percentage VLT, makin gelap la cermin nnt. Makin gelap cermin makin bdebar-debar la jadinye kalo terserempak dgn JPJ =p . Contohnya, tinted yang mempunyai VLT 70% (ni spec JPJ utk cermin depan) adalah lebih jelas tahap penglihatan berbanding VLT 50% (ni pula spec JPJ utk cermin sisi dan belakang)

IR
IR or Infra Red merujuk kepada jumlah haba yang masuk. Kalau anda inginkan tinted yang dapat potong panas dengan banyak, pilihlah tinted yang mencatatkan nilai IR yg tinggi. Kuranglah tahap kepanasan kalo parking bawah terik mentari nnt =) Tapikan..IR tinggi ni, harganya lebih tinggi jugak ye

UV
Ultra Violet (UV) adalah bahagian spektrum gelombang elektromagnet yg dipancarkan matahari. Sinar UV dpt memberi kesan negatif pada kulit mahupun mata. Kaum wanita terutamanya amat bimbang dgn kesan UV ini, terutama pada kulit. So, tak hairanlah losyen dan krim pelindung kulit menjadi benda wajib dimiliki para wanita =) Bacaan SPF yg tinggi dikatakan mampu mengurgkan kesan negatif pada kulit. Tp SPF tu bg produk kecantikan la kan...kalo tinted ni, jgn pulak anda tanya berapa nilai SPF nye..terkebil2 nk jwb nnt..hehehe...tengok pada percentage UV yg dicatatkan. Makin tinggi peratusan UV, makin bagus tinted tu. Sbb tu kebanyakan kedai akan menawarkan tinted yang 99% UV bg semua jenis tinted, termasuklah di MEKAPKERETA SEJUK.

Dengan penerangan yg diberikan, diharap dapat memberi sedikit sebanyak panduan utk anda dlm memilih tinted yg sesuai. Untuk melihat sendiri pelbagai jenis tinted, jom dtg ke premis kami MEKAPKERETA SEJUK @ Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. 30 minit je dari Bangi. 5km je dari Dataran Nilai :) Anda juga boleh mghubungi kami di 019 6606365 (call,wassap,sms).


renung-renungkan & selamat memilih tinted!

JOM TINTED!









Saturday, March 2, 2013

Alhamdulillah



Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan berkatnya dapatlah kami akhirnya membuka kedai fizikal kami sendiri. Agak lama juga tidak menulis dalam blog ini. Sejak ada fb ni mmg jarang-jarang bukak blog. Lebih dari 6 bulan tiada post dari pihak kami. Apapun terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami dari awal kewujudan kami sehingga sekarang ini.

Pada 17 November 2012, kami telah membuka kedai kami secara rasminya di 9G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor. (x jauh dari seksyen 7 Bangi, n sebelah ngn SILK Hiway dekat Tol Sg Ramal). Kira dh lebih 3 bulan kami beroperasi.

Kenapa Mekapkereta Sejuk?

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami gunakan nama Mekapkereta Sejuk. Di sini kami ingin menyatakan bahawa kedai kami ini khusus untuk memasang penapis filem haba. Kami bukan kedai aksesori kenderaan, tapi kami adalah kedai khas untuk memasang 'tinted' yang 100% dimiliki oleh Bumiputera. Sungguhpun begitu kami tetap menjual aksesori kenderaan atas permintaan pelanggan. (Sebelum ni pun mmg kami bermula dengan menjual aksesori secara 'online'. Hehe..jd jgn segan silu, dtg je kdai kami ni. Macam2 ada..)

Dah macam ayat karangan plak. Huahuahua...ok, balik semula kt kedai. Kami bukak kdai tinted ni sbb x banyak lg Bumiputera yg buat kdai mcm kami. Lagipun kt 'market' skrg ni byk jnis tinted yg ada tp korang tau x tinted tu bagus ke x? Kualiti ok x? Buatan mana? Spesifikasi tinted cmne? Apsal ada murah yg amat dan mahal yg amat? Haa..jadi pada anda yg nk tau pasal tinted tu bole la jengok2 kt kdai kami ni. Jangan risau, 'consultation' diberi secara percuma :D

Nanti dalam entri akan datang, insyaAllah kami akan kupas sikit pasal tinted ni. Sementara tu, kami letakkan alamat untuk ke kedai kami. Jumpa anda di sana! Jom Tinted!

Mekapkereta Sejuk
9G, Jalan Putra 2, 
Taman Putra Kajang, 
43000 Kajang, Selangor.
Tel : 019-660 6365 / 03-8740 8121.

Facebook : http://facebook.com/mekapkeretasejuk