Saturday, September 23, 2017

Tekanan Angin Tayar & Spare Tyre




Tekanan Angin Tayar


Perasan tak pada bahagian tepi pintu kereta ada ditampalkan sticker mengenai info tekanan angin tayar? Info ini memberi maklumat kepada kita tahap tekanan angin tayar yang paling sesuai untuk kereta tersebut.

Kadang2 ada yang tak kisah pun, tak tau pun berapa tekanan angin yang sesuai. Ada yang berbulan-bulan tak isi angin tayar pun.

Penting ke angin dalam tayar ni? Lebih sangat pun bahaya, kurang sangat pun bahaya.

Angin yg terlalu kurang menyebabkan 'traction' ( keupayaan tayar untuk berhentikan kenderaan / cengkaman tayar) menjadi kurang. Ini disebabkan tayar menjadi lebih leper di jalan. Jadi 'handling' kereta akan menjadi kurang sempurna.

Kalau diperhatikan, apabila stereng dipusing ke kiri dan kanan, boleh lihat rim akan mengenakan beban yg berlebihan ke atas tayar. Ini boleh menjadi punca tayar koyak / meletup pada kelajuan yang tinggi.

Angin lebih menyebabkan permukaan tayar kurang menyentuh jalan. Amat berbahaya terutama jika jalan basah, tayar boleh meluncur licin dan tidak menyentuh jalan pada kelajuan yang tinggi.

Jadi pastikan angin di tayar kereta anda tidak terlalu kurang atau terlalu banyak.





SPARE TYRE



Ramai antara kita yg terlupa pasal spare tyre ni. Biasanya ia diletakkan di bhg dalam atau bawah bonet kereta.

Bila tayar pancit baru kita kelam kabut cari spare tyre. Ramai terlepas pandang untuk check angin spare tyre. Kalau angin spare tyre kurang,nanti elok2 tayar asal pancit, spare tyre pula lembik..

Fuh, masa tu mesti sakit hati kan? Jadi pastikan spare tyre anda pun sentiasa dalam keadaan baik. Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.

Jika diperhatikan, kebanyakan spare tyre sekarang lebih kecil berbanding dgn tayar asal yg anda pakai. Ini kerana tayar ni 'Hanya Untuk Sementara' sahaja atau juga dikenali 'Get You Home Tyre'.

Tayar kecil ini tidak boleh digunakan sebagai tayar bahagian hadapan. Jadi sekiranya tayar anda yg pancit tu tayar hadapan, rajin-rajin la tukar tayar belakang letak pada bahagian depan dan spare tyre td letak di belakang.

Sebabnya tayar depan adalah tayar yg kita gunakan untuk mengemudi kereta apabila stereng kereta dipusing ke kiri atau ke kanan. Kesan menggunakan tayar yang lebih kecil di bahagian depan menyebabkan bebanan tidak sekata, kereta menjadi senget seterusnya menyebabkan pengendalian menjadi kurang berkesan.

Jika spare tyre yang di pasang di bahagian depan digunakan bagi tempoh pemanduan yang lama, ia akan membahayakan penumpang. Jadi pastikan spare tyre ini hanya digunakan di bahagian belakang kecuali jika jarak pemanduan tidak jauh😊

#infomekapkereta
#mekapkeretasejuk
#jomtinted
#kamiUkurGunaMETER



Wednesday, September 20, 2017

Tinted Civic FD




Civic FD..nama yang memang popular di kalangan 'kaki kereta' kat Malaysia. Antara kereta Honda Civic yang menjadi lagenda di dunia permotoran. Walaupun dah lebih 10 tahun kereta ni dikeluarkan, namun masih ramai yg mengidamkan untuk memiliki kereta ni.

Kali ni nak cerita kisah sorang pelanggan ni. Jauh dia datang dari Puchong. Katanya dia tau pasal Mekapkereta Sejuk ni melalui Google. Terima kasih Encik Google. Alhamdulillah smpai juga dia ke kedai kami di Nilai ni. Pelanggan ni kata kereta ni dh lebih 9 tahun dia pakai. Tinted asal kereta ni pun dah masuk angin (bubble habis bahagian belakang cermin kereta ni). Almaklumla, dah 9 tahun tinted ni. Memang dah sampai masa la dia minta yang baru.

Berdasarkan apa yang dimaklumkan pada kami, katanya dia nak tinted yg tak gelap sangat tapi yang sejuk. Kesian kat isteri dia sebab kereta ni isteri dia yang selalu pakai. Sayang kat isteri punya pasal :)

Kami pun bagi beberapa pilihan sambil tunjukkan bacaan pada meter. Dia kata sebab dia nampak kami tunjuk pakai meter dalam iklan. Kedai yang sebelum ni dia pergi tak tunjuk meter. Jadi dia tak tau kesahihan tinted tu betul ke tak spesifikasinya. Alhamdulillah setelah kami tunjukkan beberapa pilihan, beliau setuju untuk memilih IRR 95 di bahagian sisi n belakang, serta IRR 83 di bahagian cermin hadapan.

Berikut tatapan untuk pembaca sekalian... Salam Maal Hijrah untuk semua muslimin dan muslimat





#jomtinted
#kedaitintedmurah
#kamigunameter

Thursday, September 14, 2017

The Green Hornet





Beberapa hari lepas, ada sorang customer ni datang naik kereta Iriz Hijau. Mcm Green Hornet nampaknya :D Lama jugak x pasang tint kt kereta Iriz ni. Antara dialog perbualan kami :-

Customer : Saya nak tinted yg sejuk la untuk kereta saya ni..

Admin : I see, bole2.. (sambil tunjukkan kt customer pakej-pakej tinted yg ada)

Customer : Saya x kisah sangat gelap ni, yang penting tinted ni sejuk..

Admin : Kalau macam tu, kita tengok pada IRR yg tinggi kalau tuan nak tint yg sejuk..

Customer : IRR 83 ni mcm tggi jugak. Harga pun nampak ok. Yang penting nak sejuk dan harga yang ok sebab kesian kat family panas. Kalo gelap nnti takut susah plak jumpa roadblock.

Admin : Oh, berdasarkan apa yg tuan bagitau ni, rasanya pakej yg IRR 83, VLT 70 ni plg sesuai. Sebab IRR dia yg tinggi n tak gelap. Meh saya tunjukkan bacaan tinted di meter reader kami (pastu admin pn slot in kan jenis tinted IRR 83 n VLT 70 supaya pelanggan tengok sendiri bacaan tinted tu).

Customer : Ok, bole la proceed amik yg ni (sambil tersenyum setelah melihat sendiri bacaan di meter reader kami).

***Pastikan tinted yang anda nak pasang tu, bacaannya betul seperti apa yg di'claim'kan. Ramai yang sekadar mempercayai apa sahaja yang di'claim'kan. Jangan mudah terpedaya, jadilah pengguna yang bijak :)

p/s : Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau nak 'consult' lebih lanjut pasal tinted ni, bole je datang ke kedai kami atau hubungi kami:-

Mekapkereta Sejuk,
No 27, Jalan Suria 2,
Nilai 3, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan.

019-660 6365
06 - 794 6268

#kamigunameter
#jomtinted
#tintedsejuk
#tintedgelap
#tintedsafety
#tintedkereta
#tintedkeretamurah
Terima kasih sentiasa menyokong kami :)




Sunday, September 10, 2017

Maksud VLT, UV dan IRR



Rupanya ramai yang rasa lega bila dapat check sendiri spec tint guna meter. 
.
Sebagai Tint Installer dan Usahawan Penapis Filem Kenderaan kami rasa bertanggungjawab untuk mendidik para pelanggan kami. 
.
Lihat spec tint, pastikan spec tint tersebut di tunjukkan berdasarkan meter, bukan hanya claim spec tint tersebut
.
www.wasap.my/60196606365
.
#mekapkeretasejuk
#jomtinted
#kamiGUNAmeter
#tintedkeretamurah
#tintedkereta
#sejuk
#safetytint
#securitytint
#antithefttint
#nilai
#nilai3