Mungkin ramai dah tahu kejayaan anak muda dari Malaysia semalam dalam perlumbaan Moto 3 di MotoGP. Kemenangan yang diperoleh Khairul Idham Pawi pada perlumbaan ketiganya di MotoGP sangat mengagumkan. Bayangkan baru je masuk 3 perlumbaan dalam MotoGP dah boleh menang. Memang hebat bakat anak muda Malaysia ni.
Buat pertama kalinya lagu Negaraku berkumandang di arena antarabangsa dalam MotoGP. Bangga rasanya bila dunia dah nampak bakat dari Malaysia. Diharapkan ramai lagi penaja dan orang-orang 'besar' akan membuka mata dengan kejayaan SuperKIP ni (nama panggilan untuk Khairul Idham Pawi). Sebenarnya Malaysia ni banyak bakat yang ada, cuma tidak diketengahkan. Takpe, moga lepas ni akan muncul lagi ramai SuperKIP.
Kita juga hampir mencatat kemenangan 1-2 tapi rezeki tidak berpihak pada Adam Norrodin yang terjatuh pada pusingan terakhir. Namun, kecekalan Adam yang tidak berputus asa dan bangkit untuk menolak motor sehingga ke garisan penamat mendapat tepukan dari penonton dan pit crew. Satu contoh yang perlu diikuti ramai di atas kecekalan beliau untuk menamatkan perlumbaan. Sekurang-kurangnya beliau memperoleh kedudukan ke 11 dari tidak menamatkan perlumbaan. Syabas!
Sebenarnya dah agak lama Malaysia terlibat dalam MotoGP ni, dari hanya sebagai salah satu negara yang menganjurkan sehinggalah kemunculan Shahrol Yuzy sebagai pelumba MotoGP pertama negara. Dari situ, kita mengorak langkah namun agak lama juga penantian sebelum seorang anak muda dari Malaysia berjaya, bukan sekadar menaiki podium, malah memenangi perlumbaan. Semoga lebih banyak kejayaan akan menyusul di kemudian hari :)
Satu detik yang membanggakan apabila Khairul Idham Pawi, telah lari dari disembur arak semasa majlis penyampaian hadiah. Inilah seorang Muslim yang sejati, dengan pendirian yang jelas. Sedangkan di Malaysia sendiri, ada yang berpusu-pusu, berasak antara satu sama lain tidak mengira lelaki dan perempuan dalam mendapatkan satu produk popular di mana asalnya untuk menutup aurat. :)
Ok, kepada yang terlepas, boleh saksikan kejayaan membanggakan anak muda Malaysia ini. Syabas Anak Malaysia!!! ;)