Sunday, December 4, 2016

Safety Jimat & Safety Sejuk

Dah penghujung tahun 2016. Sekejap je rasa. Pejam celik pejam celik dah nak habis dh tahun ni. Alhamdulillah, dekat setahun juga beroperasi dari rumah di Nilai ni. Mulanya ingat ada ke customer nk datang ke Nilai pasang tinted. Kat rumah plak tu. Tapi alhamdulillah, rezeki dari Allah. Walau kat mana pun, jika diizinkan Allah, insyaAllah adalah rezeki kita tu :)

Boleh dikatakan sepanjang tahun ni, kebanyakan pelanggan kami nak cari tinted safety. Mungkin atas faktor keselamatan, sebab sekarang ni macam-macam kes yang jadi. Terutama kes pecah cermin kereta. Bukan setakat masa park kereta, tengah dalam kesesakan lalulintas, kat traffic light, pun jadi juga kejadian macam ni. Dah terdesak sangat kot gamaknya. Tahun ni pun tinted safety yang kami tawarkan semuanya yg 5mil. Lebih tebal n selamat gitu.



Atas permintaan ramai, kami bawakan 2 jenis tinted safety mengikut bajet anda. Antara pilihan yang ada:-

PAKEJ SAFETY JIMAT: Bermula RM 249**
PAKEJ SAFETY SEJUK: Bermula RM 499**
.
**Harga bergantung pada jenis kereta dan saiz cermin kereta
**Harga untuk seluruh cermin kereta dan siap pasang.

Lokasi Pemasangan: Mekapkereta Sejuk, Desa Melati, Bandar Baru Nilai.
.
Hubungi 019 660 6365 untuk info lanjut :)

Murah kan? Selain dari tu, kami juga sediakan IRR transmission meter. Ni nak pastikan tinted yg kami iklan tu memang tinted yg sejuk, selain dari test lamp nak uji kepanasan tinted tu. Sekarang ni banyak kami perhatikan yg iklan tinted ni claim IRR yg tinggi2, tapi harga sangat murah. Yg claim dari USA ni mmg berlambak. Jadi, salah satu inisiatif kami ialah dengan tunjukkan skali meter reader sekali dgn test lamp. Boleh la pelanggan nilai sendiri :)

Jadi kepada anda yg nak tinted, jangan lupa utk hubungi kami atau like page kami di fb.com/mekapkeretasejuk ;)

#jomtinted
#mekapkeretasejuk
#kedaitinted
#kedaitintedmurah
#kedaitintedmelayu
#safetytinted
#tintedsafety
#tintedkereta
#tintedkeretamurah

Saturday, October 15, 2016

ELAK CERMIN KERETA KENA PECAH! NAK SEJUK & SELAMAT?

ELAK CERMIN KERETA KENA PECAH! NAK SEJUK & SELAMAT?

Pernah tak kita rasa risau nak tinggalkan kereta kita? Risau ada orang nak pecahkan cermin kereta kita? Risau masa berhenti kat traffic light, ada orang tiba2 datang pecahkan cermin kereta kita? Nak pasang tinted safety yang tebal, tapi harga pulak mahal bebenor, sampai cecah ribu riban 😭

RISAU NO MORE! Harga safety tint terbaru kami kini bermula RM 299 SAHAJA! eh...murah sgt? betul ke ni?

JOM datang ke premis kami untuk anda nilai sendiri. Spec SAFETY TINT kami:

TEBAL : 5 mil
IR: 75 %
UV: 99%
VLT: ikut spec JPJ

SEBELUM PASANG, JOM BACA SINI:
http://mekapkereta.blogspot.my/search/?q=tertipu

Meh COMMENT jenis kereta anda di bawah untuk kami berikan detail harga. InsyaaAllah...berbaloi rasa. ...S E J U K & S E L A M A T .....

Ramai dah pasang, anda bila lagi?😉

Hubungi 019 660 6365 atau PM page kami untuk booking slot pemasangan.

Lokasi pemasangan: Di sebuah rumah di BANDAR BARU NILAI.

*kami juga menyediakan perkhidmatan PICK-UP & DELIVERY bagi anda yang kesuntukan masa*

#mekapkeretasejuk
#jomtinted
#safetytintmurah
#securitytintmurah
#antitheft
#susahpecah
#tintedkeretamurah
#tintedmurah
#nilai






Tuesday, September 27, 2016

SIAPA NAK TINTED SAFETY?

S I A P A  N A K  T I N T E D  S A F E T Y ?

Bermula RM299 sahaja (pakej lengkap satu kereta normal sedan) 😃

COMMENT di bawah model kereta anda untuk detail harga terbaru SAFETY kami. Harga tinted SAFETY kini bermula dari RM 299 SAHAJA.

Kami juga menyediakan perkhidmatan PICK UP & DELIVERY untuk anda yang kesuntukan masa :)

HUBUNGI 019 660 6365 untuk tempahan slot pemasangan.

Spesifikasi Safety Tint kami:

> IR 75%
> UV 99%
> VLT ikut spec JPJ
> Ketebalan 5 mil

info lanjut mengenai pemasangan safety film, jemput baca kat sini 😉
http://mekapkereta.blogspot.my/2015/10/elakkan-dari-tertipu.html

#mekapkeretasejuk
#jomtinted
#safetytinted
#securitytint
#antitheft
#pasangkatrumah
#nilai
#tintedkeretamurah
#tintedmurah
#tintedkereta


Wednesday, September 21, 2016

Datang dan pergi...

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah hampir 3 bulan tak update blog ni. Dari Ramadhan hinggalah ke Zulhijjah, baru perasan lama tak mengadap blog ni. Konon2 sibuk sangat la sampai tak sempat nak update blog ni, padahal kat fb salu je update. Haha...

Sebabnya kat facebook ni senang nak update, berbanding blog ni. Kalo blog ni kami biasanya akan upload gambar di server lain sebelum link kan ke page ni supaya anda yang baca blog ni tak tertunggu tunggu page kami nak loading. Nanti tunggu lama fed up plak nak baca blog ni :D

Jadi di kesempatan ni, kami nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca, follower dan semua yang sentiasa menyokong kami selama ni. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat sokongan semua, kami masih meneruskan lagi perniagaan ini dan semoga ianya akan terus kekal dan berkembang Insha Allah :)

Memandangkan lama tak update, kami cuba untuk tampilkan beberapa contoh kereta yang sudi datang dan tinted dengan kami. Jadi, kepada anda yang masih ada kereta yang belum tinted, atau kereta anda dah mula terasa panas dengan tinted lama yang ada, #jomtinted bersama kami. Jangan risau, harga yang kami tawarkan sangat berbaloi berbanding harga pasaran.

Untuk posting kali ni, kami tampilkan pelanggan kami yang datang dari Putrajaya.
Honda HRV dengan Safety Grey Premium Tint. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Buat masa ni, promo terbaru kami adalah dari RM 399 sahaja untuk safety premium tint. Nak tahu info lanjut, bole layari fb kami di fb.com/mekapkeretasejuk atau hubungi kami di 019-660 6365. Whatsapp pn bole. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda ;)



Honda HRV with Safety Grey Premium Tint


Wednesday, June 15, 2016

Pencetus Ummah



Alhamdulillah kita diizinkan Allah utk kembali bertemu bulan Ramadhan kali ni.  Bulan yang penuh barokah. #syukurselalu

Tak sangka pada Ramadhan kali ni, seorang ustaz yang terkenal sudi datang untuk pasang tinted dengan kami. Pencetus Ummah Izzat yang sering kelihatan di televisyen sudi datang untuk pemasangan tinted di kereta miliknya. Macam x sangka dpt jumpa ustaz ni. Alhamdulillah dpt berjumpa seorang yg tinggi ilmu agamanya. 

Walaupun sekarang ni kami buat pemasangan kat rumah je, sudi juga ustaz ni datang ke tmpat kami yg x seberapa ni. Syukran jazilan ustaz atas. 

Kepada anda yang masih tercari-cari tempat untuk pemasangan tinted yang murah dan berkualiti, boleh hubungi kami di +6019 6606365.

Promosi terbaru
Normal Sedan:                                       
•Safety Grey Premium - RM 399 (Normal Price RM 699)                                                                             
•Safety Silver Premium - RM 399 (Normal Price RM 699)  

**Caj tambahan untuk cuci tint lama dari RM50-RM80 bergantung pada keadaan tint lama.

Hubungi 019 660 6365 untuk tempahan slot pemasangan .

**Makluman**
Waktu operasi sempena bulan Ramadhan in ialah dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, insyaaAllah.
Kami akan mula bercuti dari 5 Julai hingga 10 Julai 2016 sempena Hari Raya Aidilfitri.
Hubungi 019 660 6365 untuk tempahan slot pemasangan dan urusan pick up and delivery.
Sekian, terima kasih.

Monday, April 4, 2016

Syabas Anak Malaysia

Entri kali ni mungkin berbeza sedikit dari posting sebelum2 ni. Tapi masih lagi mengenai 'motorsport' :)

Mungkin ramai dah tahu kejayaan anak muda dari Malaysia semalam dalam perlumbaan Moto 3 di MotoGP. Kemenangan yang diperoleh Khairul Idham Pawi pada perlumbaan ketiganya di MotoGP sangat mengagumkan. Bayangkan baru je masuk 3 perlumbaan dalam MotoGP dah boleh menang. Memang hebat bakat anak muda Malaysia ni.

Buat pertama kalinya lagu Negaraku berkumandang di arena antarabangsa dalam MotoGP. Bangga rasanya bila dunia dah nampak bakat dari Malaysia. Diharapkan ramai lagi penaja dan orang-orang 'besar' akan membuka mata dengan kejayaan SuperKIP ni (nama panggilan untuk Khairul Idham Pawi). Sebenarnya Malaysia ni banyak bakat yang ada, cuma tidak diketengahkan. Takpe, moga lepas ni akan muncul lagi ramai SuperKIP.

Kita juga hampir mencatat kemenangan 1-2 tapi rezeki tidak berpihak pada Adam Norrodin yang terjatuh pada pusingan terakhir. Namun, kecekalan Adam yang tidak berputus asa dan bangkit untuk menolak motor sehingga ke garisan penamat mendapat tepukan dari penonton dan pit crew. Satu contoh yang perlu diikuti ramai di atas kecekalan beliau untuk menamatkan perlumbaan. Sekurang-kurangnya beliau memperoleh kedudukan ke 11 dari tidak menamatkan perlumbaan. Syabas!

Sebenarnya dah agak lama Malaysia terlibat dalam MotoGP ni, dari hanya sebagai salah satu negara yang menganjurkan sehinggalah kemunculan Shahrol Yuzy sebagai pelumba MotoGP pertama negara. Dari situ, kita mengorak langkah namun agak lama juga penantian sebelum seorang anak muda dari Malaysia berjaya, bukan sekadar menaiki podium, malah memenangi perlumbaan. Semoga lebih banyak kejayaan akan menyusul di kemudian hari :)

Satu detik yang membanggakan apabila Khairul Idham Pawi, telah lari dari disembur arak semasa majlis penyampaian hadiah. Inilah seorang Muslim yang sejati, dengan pendirian yang jelas. Sedangkan di Malaysia sendiri, ada yang berpusu-pusu, berasak antara satu sama lain tidak mengira lelaki dan perempuan dalam mendapatkan satu produk popular di mana asalnya untuk menutup aurat. :)

Ok, kepada yang terlepas, boleh saksikan kejayaan membanggakan anak muda Malaysia ini. Syabas Anak Malaysia!!! ;)


Sunday, March 27, 2016

Dari KL ke Nilai...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Tahun je belum berganti lagi. Hehe.. Alhamdulillah, rezeki kurniaan Allah :)

Tinted kami mendapat sambutan yang menggalakkan. Ada yang datang dari jauh dan dekat walaupun kami beroperasi dari rumah je sekarang ni :D Hampir sebulan juga x update blog ni atas masalah teknikal. Lepas ni InshaAllah boleh update banyak sikit ;)

Mulanya kami jangka sambutan tak menggalakkan sangat. Maklumlah, kami pindah jauh sikit dari kawasan sekitar Bangi / Kajang. Tempat yang agak lama kami beroperasi sejak tahun 2012 dulu. Namun, rezeki ni ada di mana-mana. Allah juga yg memberi rezeki. Hari demi hari, sambutan juga semakin baik. Bukan sekadar dari kawasan sekitar Nilai (tempat pemasangan kami sekarang), namun ada juga dari Bangi, Kajang, Putrajaya, Kuala Lumpur, malah Kuala Selangor pun ada. Terima kasih semua yang sudi menyokong dan mempercayai kami.

Memandangkan fenomena El Nino yakni cuaca panas melampau yg melanda negara, jenis tinted yg paling mendapat sambutan ialah 'Safety Silver Premium'. Antara sebabnya ialah kualiti filem itu sendiri (heat rejection yang tinggi) dan juga tahap keselamatan (ketebalan tinted ni ialah 5 mil). Jadi selain sejuk, tinted ni juga mampu membantu melindungi anda dan barangan anda sbb sukar utk cermin anda dipecahkan :)

Ini juga menjadi pilihan pelanggan kami yang datang dari Kuala Lumpur ke Nilai untuk kereta Honda City miliknya. Jadi kami tampilkan di sini beberapa gambar untuk tatapan bersama. Kepada anda yang berminat, jangan tunggu lama, takut stok habis atau tempahan slot penuh :D

Hubungi kami di 019-660 6365 (nak whatsapp pun boleh) atau layari fan page kami di facebook.com/mekapkeretasejuk ;)

#jomtinted
#workfromhome
#kerjadarirumah
#kedaikatrumah
#tintedsafety
#tintedmurah








Thursday, February 25, 2016

Safety Silver Premium...Promo Terbaru Yang Hebat!!!

A M A R A N !
**************
AWAS dengan gambar2 yang dipamerkan, anda mungkin akan tergoda 😱
Jika anda lemah semangat, sila bersiap sedia kot2 nnt tersentap terkejut tengok promosi kali ni! tongue emoticon
Memperkenalkan SAFETY SILVER PREMIUM, stok panas baru keluar kilang.
PREMIUM sebab tinted kali ni lain macam special nye wink emoticon
√ Jenis tint : Security / Safety / Anti-theft
√ KETEBALAN: 5 mil
√ Warna: Silver
√ UV : 99 %
√ VLT : 50 % (Ikut spec JPJ)
√ IR : 75 %
√ Warranty: 7 TAHUN
√ Sesuai untuk lindungi kereta anda dari cubaan untuk pecahkan cermin kereta kesayangan anda.
√ Lulus JPJ 👮🏻
√ SEJUK, sesuai lindungi anda dan keluarga tersayang dari panas terik.
Promosi kali ni, admin nak bagi harga pengsan! 3-4 kali ganda lebih murah dari harga pasaran! Kenapa kami boleh bagi murah?
√ Pemasangan tinted adalah di rumah di nilai. Kos yang perlu kami tanggung jauh lebih rendah, jadi kami dapat tawarkan harga yang jauh lebih MURAH dgn mengekalkan KUALITI dan ciri2 yang SAMA di pasaran smile emoticon
√ InsyaaAllah,kami akan berikan yang terbaik 😊 Pengalaman 6 tahun dalam bidang ini banyak mengajar kami, alhamdulillah 👍🏿
Nak tau detail harga? Check pada caption gambar yang ada wink emoticon
** Bandingkan harga kami dengan spesifikasi yang sama di pasaran luar 😉
Terima kasih mempercayai kami grin emoticon
** Hubungi 019 660 6365.
** Pemasangan di Bandar Baru Nilai
** Keutamaan diberikan kepada yang telah membayar booking terlebih dahulu
S E J U K S E L A M A T M U R 😍 H

> jangan lupa like page kami di facebook.com/mekapkeretasejuk :)



Tuesday, February 16, 2016

Kembali semula

Terima kasih kepada semua yg sentiasa setia bersama kami. Sejak beberapa bulan ni kami agak sibuk dengan beberapa 'job' luar. Sejak kami iklankan kami boleh memasang sticker, tinted rumah dan tinted bangunan, alhamdulillah mendapat sambutan yg menggalakkan.

Jika anda 'follow' kami di fb page kami (fb.com/mekapkeretasejuk), anda boleh lihat perkembangan kami dlm beberapa bln ni,kami agak sibuk melakukan kerja-kerja pemasangan di luar.

Buat masa ni,kami telah berpindah ke stesen sementara kami di Bandar Baru Nilai. Sekitar 30minit dari Bangi je :) jadi kepada anda yg ingin memasang tinted pada kenderaan anda,boleh ke stesen sementara kami di Nilai :)

Nanti kami upload sedikit gambar2 pemasangan tinted kami di luar untuk tatapan semua. Jangan lupa like fan page kami utk 'update' terkini dari kami.

Info lanjut boleh hubungi kami di 019-660 6365 :)