Saturday, November 8, 2014

Boleh tint gelap ke x ni?

Ramai yg tanya ngan kami, sebenarnya peraturan baru tu dah bole pakai ke tak? Ok, utk info anda semua, sepatutnya peraturan baru cermin gelap dilaksanakan pada 1 November 2014. Namun begitu, atas sebab2 tertentu, peraturan baru untuk cermin gelap telah ditunda ke 1 Mei 2015. Dalam ertikata lain, sekarang ni masih pakai undang2 lama lagi ye. Hehe..jadi berhati hati kepada anda yg menggunakan cermin gelap :D

Walaubagaimanapun, kami letakkan sikit contoh cermin gelap yg dibenarkan untuk rujukan anda semua :) #jomtinted #tintedsejuk #tintedgelap

Peraturan sekarang




Tinted yg diluluskan pada 1 Mei 2015..abaikan tulisan berkuatkuasa 1 November 2014
sebab ditunda ye semua :D


Thursday, November 6, 2014

Iriz in da house

Assalamualaikum...lama dh x update Blog ni. Bz sikit sejak akhir2 ni :) Ok, mesti ramai tahu tentang pengeluaran kete baru Proton Iriz. Kete ni on the road pun x banyak lagi. Tapi alhamdulillah ada kereta customer yg dtg pasang tinted. Ditampilkan Proton Iriz...Black Iriz with Black Tint ;) RM 160 je satu kereta. Cool Black Tint. Enjoy!! #jomtinted #tintedmurah

Black Iriz with Cool Black Tint

Wednesday, September 17, 2014

Perodua Axia...sape dh tgk?

Model baru Perodua...Axia ;)


Selamat Hari Malaysia yg ke 51 :) Sempena Hari Malaysia ni, saje nk tulis entri mengenai produk baru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua yakni Perodua. Hehe..
Sape dh g tgk? Aritu kami sempat pegi masa launching kete baru Perodua ni. Nama dia Axia (ramai dh tahu pn :p ) Axia ni model yg dikeluarkan utk ganti model Viva. Lepas ni xde dh Viva baru. Hanya Axia je utk kategori kereta segmen A. Segmen A tu ape? Segmen A tu kategori kereta a.k.a Saiz kereta tersebut. Segmen A ni segmen kereta kecik (yg paling kecik la ye). Tapi Myvi bukan ye. Myvi ni segmen B. Yg saing dgn Axia ni mcm i10 dan yg sekelas dengannya. Sbb tu production Myvi jalan mcm biasa. Sbb kategori x sama. 

So bila namanya kereta kecik (compact car kata omputih), asas teorinya yg pelanggan cari sbb nk jimat minyak, senang parking dan sebagainya. Entri level utk org yg baru nk beli kereta atau nk cari 2nd car gitu. Tapi yg menarik Axia ni, dalam dia xdela rasa sempit padat pn. (Rasa dalam kereta Saga Iswara pn lagi sempit. Huhu..) Kalau anda rasa Viva dah selesa dalam dia, Axia ni lebih selesa, finishing pn cantik. Kira ikut trend semasa la Axia ni. Bumbung dia pn x la tinggi sgt. Jadi nampak lebih seimbang banding ngn Viva. Xdela nampak kcik sangat pun kete ni. Yg best kete ni, luggage atau but belakang dia mmg besar. 260litre boot space. Pergh...kalah myvi ni. Pelik gak camne leh luas, tapi selepas diterangkan oleh SA Perodua yg sangat membantu, rupanya lantai bonet blkg dia ni, diorang buat ke dalam sikit. X mcm myvi, so kalo beg baju saiz biasa tu leh susun tegak..banyak la ruang yg ada. Clever Solution for a compact car ;)

Luaran plak not bad. Kalo model yg up skit mcm SE n Advance Version, banyak la aksesori hebatnya. Siap ada front sensor, lampu projektor, line chrome kt tepi pintu sebelah bawah, lampu depan n belakang yg berbeza dengan spec rendah (E n G spec) dan mcm2 lagi. Bila tutup pintu dia pn terasa kemas banding ngn model sebelumnya walaupun yg spec rendah. Kereta ni pn dikatakan antara yg paling jimat penggunaan minyaknya. 21.6km/l. Kira isi RM 1.90 (minyak ron95 leh pegi 21.6km) pergh...jimat tu tapi bergantung pada cara pemanduan juga ye. Hehe..

Harga plak dari RM 26,000 ++ sampai RM 44,000 lebih kurang (xingat sgt jumlah betul sbb lom mampu nk beli cash lagi. Ekeke...). Mmg murah yg entri level tu. Yg best sbb enjin tetap sama yakni 1000cc tp beza pada aksesori. Beza apa? Kalo yg paling murah tu, Radio xde, rim kompang, sensor belakang xde. Pendek kata togel la. Macam kete utk sekolah memandu. Tapi yg kaki mekap kereta ni mungkin bole beli yg basic pastu buat ikut citarasa sendiri. Hehe...tapi kalo nak yg emsem sket, n nak factory fitted (kira aksesori Original dari kilang) leh amik yg up sket atau amik je advance model kalo ada bajet. Hehe...

Rumusannya, Viva replacement model ni mmg baik dari kebanyakan segi berbanding Viva sendiri, cuma nak kena test drive dulu nk dpt feel dia camne. Yang agak musykil skit, kalo naik bukit atau nk dpt 110km/j tu senang ke? Sbb dari segi berat dia, berat sket dr viva, so kena test drive utk tahu jawapannya. Hehe..

p/s : Leh contact SA Perodua En Aizat (013-529 3147) kalo nk info lanjut or nk beli kete :D

Sunday, September 14, 2014

Nak habis dah..

Kepada anda yg masih ingin memasang tinted, jom dapatkan harga promo sehingga 16 September ni shj. X sempat nk dtg pasang? Xpe, bole tempah dulu. Leh hubungi kami di 03-8740 8121 atau 019-660 6365 (call, sms, whatsapp) Jom tinted :D

Sunday, September 7, 2014

Promosi Tinted September 2014

Assalamualaikum. Lama rsnye dh x update blog mekapkereta ni. Salunye update status page facebook Mekapkereta Sejuk je :) Ok, entri kali ni pasal promo lagi...yeahhh...kalau promo,komfem la rege murah :)

Sempena kemerdekaan Malaysia ke 57 baru2 ni dan x lm je lagi Hari Malaysia pulak,jadi kami menawarkan promosi istimewa bg kereta PROTON & PERODUA (Exora & Alza terkecuali ye)... Kami memilih Cromax Tint Film utk promo kali ni. Tinted ni mmg paling hot...terlajak laris gitew :p Tp sy btau siap2 ye...yg ni x lepas JPJ tau. Sbb VLT dia 35% so gelap sikit dr yg abg J benarkan :) IR pulak 60%jd tinted ni sejuk. Seperti biasa, bacaan UV 99% :)

Harga promosi Cromax Tint ni utk satu kereta siap pasang adalah RM 170 je..murah kan? kenapa murah??? sbb ni la antara cara kami laburkan wang utk pengiklanan bisnes kami ni. Sape lah kami kalau nk d bandingkan dgn kedai2 otai yg dh gah d mata pengguna..huhuhu...nk iklan kt radio ke tv mahal benor...sewa bilboard pun mahal.. :( tp terhad utk kereta Malaysia je la ye..PROTON & PERODUA aje ;) tp Exora & Alza xdapek nk nolong...bosar tu..ekekeke...ok...#jomtinted @ #MekapkeretaSejuk :) jgn lupe like page kami ye facebook.com/MekapkeretaSejuk @ hubungi kami di 019 660 6365 / 03 8740 8121

Terima kasih atas sokongan anda :)


Monday, August 18, 2014

Selamat Hari Raya :)

Assalamualaikum semua. Terima kasih atas sokongan anda semua sepanjang bulan Ramadhan yg lalu. X sempat nk update blog. Memandangkan ramai yg x berkesempatan nk tinted, kami melanjutkan promo sehingga 31 Ogos 2014. Leh la pasang tinted lepas ni :D Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir batin. #jomtinted ;)

Senarai tinted yg ada promosi

Tuesday, July 1, 2014

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Kepada anda yg ingin mengunjungi kami di bulan Ramadhan ini, waktu perniagaan kami diubah sedikit bermula dari 9am-6pm (waktu asal 10am-7pm). Waktu perniagaan ini khas di bulan Ramadhan sahaja :) Jadi, #jomtinted bersama kami di #mekapkeretasejuk :D

Myvi with Cool Black Tint. RM 160 only ;)

Thursday, June 12, 2014

Jom Sertai Kami :)



[ IKLAN JAWATAN KOSONG ]
Sertai kami sebagai:

1) Tinted Technician - (Juruteknik Penapis Filem Haba)

Calon yang berminat (dengan/tanpa) pengalaman diperlukan segera bagi menyertai warga Mekapkereta Sejuk. 

Latihan intensif teori dan praktikal diberi. Gaji/insentif/elaun menarik untuk calon yang sesuai.

2) Marketing Agent - (Ejen Pemasaran)
Calon yang berminat (dengan/tanpa) pengalaman diperlukan segera bagi menyertai warga Mekapkereta Sejuk. 

Gaji dan Komisen menarik, sesuai untuk calon yang ingin memperoleh pendapatan tambahan kerana waktu kerja yang fleksibel. 

Sila hubungi 03-8740 8121 / 019-660 6365 untuk keterangan lanjut atau temu bual segera.

Terima kasih :) #jomtinted

Sunday, May 25, 2014

Preve with Safety Black Tinted

Lately byk customer yg risau pasal ops cermin a.k.a tinted. Tapi sbnrnya yg salah adalah tinted yg gelap :) yg ikut spec xsalah.hehe.. Contoh mcm customer preve ni, pasang tinted safety yg ikut spec JPJ.hehe.. #jomtinted

Memberi yg terbaik :)

Preve with Safety Black tint


Monday, May 19, 2014

Tinted Gelap...Salah ke?

keratan akhbar beberapa hari lalu

Sejak akhir2 ni kecoh pasal isu cermin gelap a.k.a tinted gelap. Bila pihak berkuasa umumkan akan buat operasi besar-besaran, ramai juga suarakan isu ni. Sampai kluar muka depan tu. Hehe..

Hakikatnya cermin gelap salah di sisi undang-undang. Bole rujuk kt cni -> cermin gelap

Peraturan lapuk ke? Or mmg peraturan tu perlu digunapakai? Banyak pendapat dari pelbagai lapisan masyarakat. Apa pendapat anda?

Friday, May 16, 2014

Tinted RM 180...Made in USA :)

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera..



Entri kali ni nk citer sket pasal 'trend' penjual a.k.a tint installer dalam mempromosikan produk mereka. Sekadar untuk info kepada semua pengguna / bakal pengguna tentang jenis tinted yg tgh panas sekarang ni. Made in USA :)

Kepada masyarakat di luar sana, kami ingin maklumkan bahawasanya tinted yg berharga RM 160, RM 180..sng citer bawah RM 200 BUKAN "MADE IN USA". Sememangnya produk dari USA ni majoriti adalah yg berkualiti tinggi termasuk tinted. Jika gred kualiti yg rendah sekalipun, kos untuk membawa masuk produk ini juga menelan belanja yg tinggi. Jadi jika ada yg mengatakan ianya dari USA, tidak tepat sama sekali (kecuali peniaga ni mmg nk rugi :D ).

Kenapa kami suarakan perkara ini? Kerana ramai yg mudah tertipu dengan iklan sebegini. Kami juga boleh 'claim' semua produk kami dari USA, tapi itu tidak jujur dan tidak beretika. Jadi, setelah ramai pelanggan bertanyakan kepada kami, biar kami jelaskan di entri kali ni supaya ramai yg memahami dan mengetahui perkara ini supaya anda tidak tertipu dengan taktik perniagaan seperti ini ;)

Monday, April 21, 2014

PENGUMUMAN..



PENGUMUMAN : Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Terima kasih di atas sokongan anda semua kepada kami. Buat masa ini, kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk pemasangan tinted kerana kekurangan staf di kedai. (Ada staf yg bertugas untuk pemasangan di luar dan ada yg cuti 'paternity'). Kami akan beroperasi seperti biasa semula pada 26 April 2014. Sekian, harap maklum. Terima kasih. Info lanjut boleh hubungi kami di 019-660 6365 / 03-8740 8121 :)

Monday, April 14, 2014

Sejuk dan Selamat..

Sejak kebelakangan ni, banyak customer tanya tinted yang sejuk dan safety katanya. Mungkin sejak akhir2 ni, byk kereta yg kene pecah, kene curi dan sebagainya. Jadi utk langkah keselamatan, ramai juga yg tanyakan tinted jenis ni.

Sebelum ni kami hanya ada tinted safety black sahaja. Tapi memandangkan permintaan tinggi dari pelanggan, kami telah memperkenalkan produk baru iaitu Silver Safety Tint. Sejuk dan Selamat. Sbb tinted ni mempunyai IR yang tinggi di samping material yang keras berbanding dgn Safety Black kami. Kebanyakan yg pilih tinted jenis ni adalah wanita dan juga mereka yg berkeluarga. Selain dari Selamat dan Sejuk, tinted ni juga nampak mahal sbb warna dan kadar pantulan (reflect) yang tinggi. Hehe..

Ni contoh untuk tinted Silver Safety. Macam tinted mahal tapi harganya mampu milik dan banyak nilai tambah. Jadi, Jom Tinted! :D


Wednesday, April 2, 2014

Cool Black Tint

Lama gak x update blog ni. Ini semua gara-gara komputer rosak. Huhu..alhamdulillah ni dh ok. Bole update kembali. Kepada anda semua yg selalu mengikuti kami di blog ini, harap maaf sbb lama x update :(

Ok, ni antara tinted yg digemari ramai. Cool Black Tint. Dari RM 160 sahaja untuk semua cermin. Murah dan 'emsem'. Kepada anda yg bajet x besar, bole pertimbangkan utk tinted jenis ni ;) Ganaz x nampak Pajero ni? Sesuai ngn color body dia :D

Pergghhh...mmg jiwa kental owner ni. hehe...

Friday, February 21, 2014

Fantastic Four February

Tinggal lagi beberapa hari je untuk offer Fantastic Four February 2014. Antara tinted yg tgh offer adalah Cromax Reflective, Cool Cromax, Gold Shine dan Super Gold. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 019-660 6365 (call, sms, whatsapp, wechat). Jom Tinted di Mekapkereta Sejuk :) No 9G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor.


 


Wednesday, January 22, 2014

Nak pandu laju di jalanraya? Inilah tempatnya...

Gambar hiasan sahaja

Mesti ramai di antara kita yg selalu memandu melebihi hadlaju. Samada dgn sengaja atau tidak sengaja (konon2 x perasan melebihi hadlaju). hehe..tapi tahukah anda bahawa terdapat lebuhraya di dunia ini, di mana kita bole memandu selaju mana pun tanpa risau akan hadlaju atau kamera AES? Hehe...

Jawapannya di Autobahn, Germany. Anda boleh memandu selaju mana yg anda kehendaki. Walau bagaimanapun, ada sesetengah kawasan di lebuhraya tersebut juga mempunyai hadlaju yg ditetapkan. Tapi apabila di penghujung kawasan yg telah ditetapkan hadlaju, ada 'sign' yg diletakkan bahawa anda boleh memandu selaju mana pn. Best kn? Cuma ada beberapa peraturan yg perlu dipatuhi. Info lanjut, boleh rujuk di sini -> http://www.caranddriver.com/features/eight-rules-for-driving-on-the-german-autobahn

p/s : Kalau lah ada lagi Benson & Hedges Golden Dream, teringin gak nk pandu Bugatti Veyron kt Autobahn ni. (kot2 la nk realisasikan impian. huhu...)

Monday, January 20, 2014

Persona Silver Shine

Alhamdulillah, minggu lepas kami dikunjungi oleh seorang pelanggan OKU.  Dpt tau kedai kami melalui FB. Terima kasih tuan :) Kami berbesar hati dapat buat kereta pelanggan kami ni. Tinted yg dipilih ialah Silver Shine. Tinted yg boleh tahan sejuknya, cantik dan harga mampu milik (xsampai 300 pn).

Persona with Silver Shine Tint. (Ni ikut spec JPJ tau. hehe..)

p/s : Seminar Borong China dh semakin hampir. Anda sudah mendaftar? Jom Daftar ;)

Monday, January 6, 2014

Seminar Borong China - February 2014

Klik utk lebih besar

Assalamualaikum semua. Masih ingat lagi Kursus Borong China yg pernah kami anjurkan dulu? Kini ia kembali lagi. Seminar Borong China yg akan diadakan di premis kami pada 1 Februari 2014. Yuran pula hanya RM 50 sahaja. Tempat terhad! Khas utk bakal usahawan / usahawan. Hubungi kami segera di 019-660 6365 (call, sms, whatsapp,wechat) / 03-8740 8121. Ini yg bakal anda perolehi di seminar ini nanti :-

Anda akan diberi penerangan berikut:-
Pengenalan Negara China
Urusan Paspot dan Visa ke China
TEMPAT PEMBORONGAN DI CHINA BERSERTA ALAMAT
Bagaimana menempah tiket dan Aturan Perjalanan
Checklist Pada Hari Bertolak dan Tiba di China
Pemilihan Hotel yg strategik
Restoran Makanan dan Minuman Halal
Pengangkutan Tempatan di China – Teksi, Van dan Tren
Kaedah Tawar-menawar sewaktu Membeli-belah dan Memborong di China
Kaedah Membuat Kajian Pasaran Sebelum Memborong di China
Kesalahan Sewaktu Dalam Proses Pemborongan
Cabaran Yang Perlu Di atasi oleh Usahawan Borong
Pengangkutan Barang ke Malaysia melalui laut dan udara
Penghantaran Balik Barangan Satu Kontena melalui Laut
Percukaian Barangan oleh pihak Kastam Di Raja Malaysia
Penghantaran Duit dari Malaysia ke Pembekal
Pemborongan melalui Pameran Perniagaan atau Canton Fair

Jom Borong!