Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, (jangan lupa sentiasa berdoa semasa hendak menaiki kenderaan atau sebelum memulakan perjalanan). Namun, masih ramai yang tidak tahu apa yang patut dilakukan sekiranya berlaku kemalangan. 8 langkah ini diharap dapat membantu mereka yang memerlukan.
LANGKAH 1 : JANGAN PANIK!!!
Ni sangat penting. Kalau berlaku kemalangan, jangan panik. Sebab kalau anda panik, mudah untuk orang ambil kesempatan. Tambahan jika anda tak tahu apa yang patut dilakukan.
LANGKAH 2 : AMBIL GAMBAR & NO PENDAFTARAN KENDERAAN
Selepas anda bertenang seketika, ambillah gambar kenderaan yang kemalangan tadi. Itulah gunanya smartphone anda yang canggih tu. Tak kiralah sekiranya anda yang melanggar atau anda yang dilanggar. Jangan lupa ambil nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat (no plate).
LANGKAH 3 : JANGAN GANGGU!
Pastikan anda tidak diganggu semasa anda kemalangan. Maksudnya anda perlu pastikan takde tow truck ke, kereta tunda ke, orang persendirian ke atau sesiapa sahaja mengganggu anda sewaktu anda nak ambil gambar. Biarkan diorang cakap nak tarik kereta anda ke, diorang ada bengkel panel ke, kenal orang itu ini ke, abaikan je untuk sementara. Fokus kepada apa yang anda perlu buat dahulu.
LANGKAH 4 : HUBUNGI CALL CENTRE KERETA ANDA
Kalau anda pakai kereta Proton ke, Perodua ke, anda hubungi lah call centre mereka bagitau yang anda kemalangan dan nak tarik kereta anda ke bengkel mereka. Maksudnya hantar di tempat 'repair' kereta tersebut. Bukan di bengkel-bengkel luar. Contoh anda pakai Proton Persona, hubungi Proton Careline dan bagitau anda kemalangan serta ingin menarik kereta anda ke bengkel Proton terdekat. Jangan risau, kereta anda akan dibawa ke bengkel pengeluar tersebut tanpa caj tmbahan. Semua caj akan dibayar oleh pihak insurans anda
Sebab apa nak bawa ke sana? Jawapannya kerana pengeluar kereta anda lebih mengetahui secara terperinci mengenai kereta anda serta akan menukar segala barangan yang perlu. Ada sesetengah bengkel luar akan cakap perlu tukar itu ini kepada pihak insurans, tapi hakikatnya mereka baiki saja dan tak tukar. Anda juga yang rugi. Kalo di Proton contohnya, anda akan mendapat jaminan terhadap kerosakan yang mereka baiki. Jadi tak perlulah anda risau untuk ditipu. Selain daripada tu, barangan yang ditukar juga sudah tentulah alat ganti tulen. Senang je kan?
LANGKAH 5 : KELUARKAN BARANGAN BERHARGA DALAM KERETA
Setelah anda mengetahui bahawa kereta anda akan dibawa ke bengkel, pastikan anda mengeluarkan semua barangan berharga dalam kereta anda. Bawa keluar barangan penting sahaja kerana anda mungkin perlu meminta bantuan saudara mara, rakan atau menghubungi teksi untuk anda pulang. Barangan yang tak perlu anda boleh ambil kemudian selepas kereta anda tiba di bengkel.
LANGKAH 6 : PASTIKAN TRAK PENUNDA YANG BETUL
Call centre yang anda hubungi sebentar tadi akan memberikan maklumat mengenai no plat trak penunda / no telefon trak penunda tersebut. Jadi, anda perlu pastikan trak itu trak yang betul. Anda juga diingatkan tiada sebarang caj yang perlu anda bayar. Anda juga tidak perlu utk menandatangan apa-apa dokumen sewaktu mereka menunda kereta anda. Semua borang akan ditandatangani di bengkel sahaja.
LANGKAH 7 : BUAT LAPORAN POLIS
Pastikan anda membuat laporan polis setelah dalam masa 24 jam selepas kejadian. Ini untuk memudahkan proses dengan pihak insurans dan dapatkan 'copy report' dari pihak polis.
LANGKAH 8 : SELESAI
Selesai sudah proses jika anda kemalangan. Proses untuk claim dengan pihak insurans pula, anda boleh rujuk dengan pihak bengkel untuk dokumen yang diperlukan. Anda pun mesti penat, stress setelah mengalami kejadian yang tidak diingini. Jadi berehat dahulu. Anda boleh lakukan proses claim ini pada keesokan harinya :)
No comments:
Post a Comment
Write your comment :)