Wednesday, June 27, 2012

Kursus



Alhamdulillah, kursus untuk membeli dari China (A-Z) telah berjaya dilaksanakan sebanyak 2 kali. Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai kursus tersebut. InsyaAllah jika ada kesempatan, boleh dipertimbangkan untuk diadakan lagi kursus di masa akan datang.

Mungkin lama x update blog ni, jadi di sini kami tampilkan semula produk kami yang merupakan antara yang paling hangat di pasaran iaitu Boneless Full Silicon Wiper. Kenapa ianya terhangat? Kerana hampir 4000 batang wiper telah terjual. Ini membuktikan bahawa bukan sekadar murah, tetapi ia juga berkualiti sehingga telah terjual sebanyak itu.

Kami tampilkan di sini Boneless Full Silicon Wiper. Boleh rujuk gambar di atas. Cuma awas dengan pengelap cermin palsu yang mengatakan ianya adalah silikon walhal hanya plastik sahaja. Jadi sila berhati-hati. Belilah dari pengedar yang sah atau dapatkan terus dari kami. Anda juga boleh layari www.mekapkereta.com untuk melihat produk2 kami yang lain.

Sekian, terima kasih :)