Tuesday, December 28, 2021

Depan je..

Mulanya datang nak tinted windscreen hadapan sebab baru tukar cermin. 

Sekali bila tunjuk sputter hi premium tint, terus berminat pasang sekali untuk cermin lain. Katanya warna macam 3D, kejap nampak gold, kejap macam hijau. Tak gelap sangat tapi memantul.



Customer cakap dulu selalu pasang hitam, nak cuba yang 'rare' sikit.

Sejuk + Mantul gitu.

http://tinyurl.com/TintedKereta

Monday, December 20, 2021

Banjir..

 

*sumber gambar : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )


Kami di Mekapkereta Sejuk turut berdukacita dengan keadaan banjir yang melanda di beberapa kawasan ketika ini.

Semoga semua yang terlibat dipermudahkan segala urusan.

___________________________________________

Terima kasih kepada semua pelanggan yang setia memilih kami.



Kia Spectra 5 ni telah dipasang sputter film untuk semua cermin. Kereta kedua yang dihantar ke sini. Sebelum ni pun beliau memilih sputter juga untuk kereta Axia, kali ni pasang di Kia pula.

Kelebihan sputter berbanding dengan filem penapis haba yang lain adalah pada materialnya.





Kalau check tint spec jenis sputter guna meter di kedai kami, lebih kurang je dengan tint spec jenis nano ceramic. Cuma teknologi yang digunakan untuk hasilkan sputter tint ni yang berbeza membuatkan ia lebih baik dari jenis tint yang lain. 

Sebab tu ramai yang nak pasang sputter walaupun harganya lebih tinggi sedikit berbanding harga tint yang lain.

Harap info ini dapat membantu anda dalam membuat pilihan.

Selain harga, pastikan anda tahu tint spec dan tint material sebelum ia dipasang pada kereta anda.

http://tinyurl.com/TintedKereta

Tuesday, December 7, 2021

Upgrade..

Putrajaya pun ada.. 

Pelanggan kami ni datang dari Putrajaya nak tint kereta Perodua Aruz. Tengok di internet katanya. 

Mulanya beliau nak ambil nano ceramic film untuk full car. Tapi lepas kami dah tunjukkan material dan beza antara nano ceramic dan sputter film, beliau upgrade terus ke sputter film all round. Material paling sejuk dan berkualiti.






Ada yang berminat? Nak tahu beza material tinted? Jom sembang..

http://tinyurl.com/TintedKereta

Sunday, December 5, 2021

Unlimited towing


𝗨𝗻𝗹𝗶𝗺𝗶𝘁𝗲𝗱 𝘁𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴

Cuba bayangkan kalau tengah memandu, tiba-tiba tayar kereta kita pancit, atau enjin kereta mati secara tiba-tiba.

Macam mana nak buat?

Jika kereta breakdown atau tayar pancit, kita boleh minta insurans untuk tarik (tow) kereta kita ke bengkel pilihan kita sendiri. Sekiranya kita tidak ambil unlimited towing masa perbaharui insurans kereta, towing mileage adalah terhad kepada beberapa kilometer sahaja untuk setahun, bergantung kepada syarikat insurans masing-masing. Jika lebih dari jarak yang ditetapkan, kita kena bayar lebihan kos. Contoh, towing service limited to 300 km, kereta kita kena tow sejauh 400 km, jadi kita kena bayar lebihan kos untuk 100 km bergantung kepada caj yang dikenakan oleh pihak insurans masing-masing.

Namun, jika kita ambil unlimited towing, tiada had jumlah kilometer, boleh tarik je kereta kita tu ke mana-mana bengkel secara percuma. Contoh kereta breakdown di Perlis tapi kita duduk di Johor, kita boleh minta kereta kita dibawa ke bengkel di Johor secara percuma. Cuma kena bayar tol sahaja jika lalu lebuhraya.

Unlimited towing ini adalah pilihan tambahan dalam pakej insurans kereta. Kalau tak salah kena tambah dalam beberapa puluh ringgit sahaja untuk setahun. Boleh check dengan syarikat insurans kereta masing-masing.

Cuma sebelum tu pastikan bengkel atau kedai tayar yang kita pilih boleh selesaikan masalah kereta kita. Sebabnya, towing hanya boleh bawa kereta kita dari lokasi A ke lokasi B sahaja. Jika dah sampai ke lokasi B dan kita terpaksa tow ke lokasi C pula kerana B tak dapat selesaikan masalah, kita perlu bayar sendiri kos towing dari lokasi B ke C.

Okay, ini langkah-langkah jika kereta breakdown:

1. Jangan panik. Pastikan kereta kita di tempat yang selamat. Letak car emergency triangle beberapa meter dari kereta kita untuk bagi amaran bagi kenderaan lain.

2. Jika breakdown, hubungi bengkel dan pastikan bengkel tersebut dapat selesaikan masalah kereta kita. Jika tayar pancit, kena pastikan tayar kereta kita ada ready stock. Kalau tayar standard size, biasanya ada je stok di kedai tayar, tapi kalau saiz tayar tak banyak orang pakai macam saiz besar atau lebar, yang tu kena pastikan betul-betul stok ada dan selalunya kena beli 2 biji tayar minimum.

2. Selepas hubungi bengkel dan pomen kata boleh repair (atau tayar kereta kita ada ready stock), kita hubungi pula syarikat insurans untuk maklumkan kereta kita breakdown di tempat sekian sekian dan ingin dibawa ke bengkel sekian sekian menggunakan towing. Bengkel itu tidak semestinya dalam panel insurans ya. Jika anda mengambil tambahan unlimited towing, anda tidak perlu risau jarak perjalanan atau berapa baki kilometer yang tinggal dalam setahun selepas kereta anda di ‘tow’.

3. Biasanya sekitar 10 minit, pihak towing akan hubungi kita dan maklumkan anggaran waktu ketibaan mereka.

4. Nantikan ketibaan tow truck dan pastikan kita berada dalam keadaan yang selamat.

5. Anda boleh naik sekali dengan tow truck dan pergi ke bengkel bersama.

Jadi, kita dah tak risau jika kereta kita rosak di mana-mana atau takut bengkel yang dibawa tu tak dapat nak baiki kereta kita. Kita hanya risaukan kos baikpulih sahaja.

Lega la sikit kan?

#infomekapkereta

Thursday, December 2, 2021

Otai volvo

 𝗢𝘁𝗮𝗶 𝗩𝗼𝗹𝘃𝗼..

Ramai kenal dengan pelanggan kami ni. Pemilik bengkel Mk Legacy Auto yang pakar dalam kereta Volvo.

Baru ni kereta XC90 beliau sendiri dihantar untuk kami tinted kan. Tinted sputter premium all round dipilih. Paling sejuk dan berkualiti.

Lepas siap, kami hantarkan semula kereta beliau ke rumah. Pick up and delivery service ni memang kami tawarkan sebagai salah satu perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan secara percuma untuk memudahkan pelanggan. 

Jadi tak perlu tunggu lama di kedai. Boleh buat kerja lain dulu atau berehat sementara kami mekapkan kereta anda.




http://tinyurl.com/TintedKereta

Monday, November 29, 2021

Logo lama..

 𝗟𝗼𝗴𝗼 𝗹𝗮𝗺𝗮..


Pelanggan ni dulu pernah pasang tinted dengan kami. Masa tu tahun 2016, kereta Honda Jazz. 

Lepas 5 tahun, tahun 2021,beliau beli Honda Civic pula dan contact saya semula sebab nak pasang tinted untuk kereta baru tu. 

Masa wasap tanya pakej tinted, beliau siap sent resit lama lagi. Wahhh..best pulak rasa sebab walaupun selepas 5 tahun dan lokasi pun dah bertukar, pelanggan ni tetap cari kami lagi bila nak tinted kereta baru. 



Alhamdulillah. Terima kasih semua atas sokongan anda! 

Jom tinted! 


http://tinyurl.com/TintedKereta

#repeatcustomers

Saturday, November 13, 2021

Pelanggan Kiriman Tuhan

𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗶𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗵𝗮𝗻

Baca tajuk pun dah tau kan, mesti pelanggan ni best.

Yes, among the best!

O ye, pelanggan Mekapkereta Sejuk memang majoritinya terbaik. Memahami dan very supportive.

Terbaru, Allah kirimkan kami dengan pelanggan yang baik hati ni.

Alkisahnya, kereta ini sebenarnya kereta business partner beliau. Beliau tolong bawakan kereta ni, biasalah, nak pasang tinted la kan.

Macam biasa, sebelum pasang, kami akan terangkan dulu apa-apa yang patut, bagi pelanggan faham.

Pelanggan kata, nak doublekan tinted bagi gelap. Ok boleh,cuma kalau double kan, biasanya kami akan check dulu keadaan tinted yang sedia ada.

Lepas check, saya kata kepada beliau, "Tinted asal kereta ni memang dah ada bubbles ye, cuma tak perasan sebab bubbles ni kecil-kecil, dan tinted asal kereta ni cerah, jadi tak perasan. Nanti, bila doublekan dengan tinted baru, bubbles yang sedia ada ni akan nampak jelas, sebab tinted baru ni lebih gelap, jadi komfem akan nampak bubbles tu. Kalau tuan belek dekat-dekat memang nampak, tapi kalau jauh, in fact pada jarak standard, 3 kaki dari cermin, tak nampak la, tak perasan sangat pun. Tuan ok ke?"

Respon pelanggan memang terbaik:
"Ala..tak pa la, ok ja tu. Dah yang pi belek dekat-dekat tu pasaipa. Biasala tu, mana boleh nak perfect sangat, sikit-sikit tu ok ja. Mana nak dapat 100% perfect. Saya dah pasang tinted kereta saya dengan tuan lama dah, elok ja tinted tu sampai sekarang, tak dak masalah pun,"

Saya tersenyum dengar jawapan pelanggan.

Saya: Bukan apa tuan, saya kena explain betul-betul, saya kena tanya betul-betul, customer ok ke tak, sebab takut nanti dah pasang, customer komplen. Ada je customer yang datang balik, komplen kata bubbles, padahal bubbles tu dari tinted lama, dan kami dah terangkan awal-awal kepada customer sebelum pasang, tapi masih tak faham. Nak tak nak, kami tukarkan juga la dengan tinted baru, sampailah customer tu puas hati. Bila kita explain, siap tunjuk bukti, masih tak dapat terima.

Pelanggan: Nak perfect sangat, payah la, pergi mana-mana kedai pun nanti ada ja tak kena. Tak payah cerewet sangat lah. Sikit-sikit tu biasalah.

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami. Tenang-tenang je buat kerja bila dapat pelanggan best macam ni.




OK, sedikit info kepada anda yng memilih untuk double tinted yang sedia ada dengan tinted baru:

1) Warranty:
Biasanya bila double tint ni kami tak cover warranty sebab bila yang lama start masalah akan effect pada tint yang baru kecuali tint lama pun buat dengan kami.

2) Bubbles:
Tinted asal kereta anda kadang-kadang dah ada bubbles, cuma tak perasan sebab kecil-kecil dan tinted tersebut CERAH. Isu ni selalu terjadi untuk kereta baru yang dah siap-siap pasang tinted, atau kita kata tinted dari kilang. Tinted dari kilang ni memang jenis yang cerah. Kalau ada bubbles yang halus-halus, memang tak perasan. Bila anda memilih untuk pasang tinted yang lebih gelap dan doublekan atas tinted yang sedia ada, bubbles yang halus-halus tadi akan kelihatan lebih jelas.

3) Windscreen belakang.
Windscreen belakang kereta ada demister. Demister ni yang garisan warna oren untuk hilangkan kabus di cermin. Kadang ada juga yang panggil benda ni heater.
Biasanya kalau windscreen belakang dah ada tinted, kami terangkan kepada pelanggan beberapa info tambahan:
i) jika nak buka tinted lama, demister lines akan turut sama tertanggal sebab gam tinted melekat kuat pada cermin. Bila buka tinted lama, kami kena pastikan tiada gam yang melekat pada cermin sebelum pemasangan tinted baru. Dalam proses cuci gam, line demister ini akan terjejas, akan terkopek sama.
ii) Jika pelanggan memilih untuk double kan sahaja tinted baru atas tinted lama, maka pelanggan kena faham bubbles halus pada tinted lama akan jelas kelihatan apabila tinted baru siap dipasang kerana warna tinted akan jadi lebih gelap. Lebih gelap, lebih jelas bubble tu nanti.

Jadi, terpulang pada pelanggan dalam membuat keputusan. Kalau pelanggan jenis tak kisah, kita proceed untuk buka dan cuci tinted lama. Kalau pelanggan kata tak nak, nanti rosak demister tu, pun ok, so pelanggan akan pilih untuk double kan saja. Kalau ok, then kita akan proceed untuk pemasangan.

Harap info ini dapat  membantu anda. Pilihan masing-masing, yang penting kita tahu dan faham dengan setiap pilihan kita. Semoga Allah kirimkan lebih ramai pelanggan yang baik hati kepada kami di Mekapkereta Sejuk

Friday, November 12, 2021

Customer lama datang..

 "Anak saya pesan suruh datang sini.."



Ni pelanggan lama yang pernah tint dengan kami dulu. Masa tu kedai di Sungai Tangkas. Tak silap sekitar tahun 2014-2015 macam tu.

Lepas kami pindah ke Nilai, anak beliau pernah datang dan tint keretanya. Kali ni bila pelanggan kami beli kereta, anaknya pesan jangan lupa datang tint dengan kami 😁

Kedai tinted kereta ni bukan macam kedai makan yang selalu jumpa repeat customer. Tapi alhamdulillah sejak kebelakangan ni, kami selalu dapat kunjungan dari pelanggan lama yang dah tukar atau tambah kereta baru.

Tinted ni sekali buat tahan bertahun-tahun. Jadi kebarangkalian nak jumpa lagi pelanggan sama tu memang rendah. Itu yang bila jumpa repeat customer tu rasa berbunga riang 😁




http://tinyurl.com/TintedKereta 

Thursday, October 7, 2021

PKP.. PPN..

 "Lama dah nak pasang tinted, tapi sebab PKP, PPN ni, tu yang tak pasang lagi.."




"Saya nak pasang tinted yang sejuk dan gelap sikit. Saya tahu kedai ni sebab tengok review customer di Facebook.."

Seronok bila dapat maklumbalas seperti ini. Kita cuba beri yang terbaik kepada anda semua. Sebelum ni kita ada meter untuk tunjukkan spesifikasi tinted. Sekarang kita tambah satu lagi alat.

Heat test lamp..


Bila dah pasang tinted yang sejuk, kita bagi customer rasa beza suhu di luar dan di dalam kereta. Baru dapat feel sejuk tu..

Tuesday, October 5, 2021

Port Dickson..

 

"Saya ada tengok video abang di internet. Rasa macam tertarik sebab abang terangkan pasal tinted dan tunjuk spec film pakai meter. Itu yang saya datang sini nak pasang tinted. Saya dari Port Dickson bang.."  

Pelanggan kami ni pernah pasang tint di kedai lain sebelum ni. Katanya harga lebih kurang dengan harga kami dan mereka cakap tint yang dipasang tu sejuk. Tapi mereka tak tunjuk bacaan pakai meter. Lepas dah pasang, rasa macam tak sejuk.

"Boleh tak saya nak tengok lepas dah pasang tu berapa % heat rejection"

Kami pun tunjukkan bacaan menggunakan meter lepas dah siap pasang tinted. 

Kali ni kami pasang sekali heat lamp bagi pelanggan rasa sendiri beza panas di luar dan dalam kereta lepas dah pasang tinted.


Alhamdulillah nampak pelanggan kami berpuas hati dengan tinted yang dipasang.





Saturday, September 25, 2021

Ada tinted ke tak ada?

 "Dah setahun kami dok argue pasal ni," ujar si suami, mengusik isterinya.

Kisahnya, si isteri kata kereta ni tak ada tinted, tapi suami kata ada.

Sampai la tadi, masa saya pick up Myvi ni, baru dapat jawapan.

"Kereta ni ada tinted, tapi jenis cerah, so tak perasan sangat," 

Bila si suami dengar je kata-kata saya, beliau terus mengusik isterinya, "Dah setahun saya dok argue dengan dia pasal ni," 🤭

Suami: "Ha.. Betul tak kereta ni dah ada tinted?" 

Isteri: "Ye lah..ye lah.." 

Dua-dua pun ketawa.

Begitulah, gurauan suami isteri. 

Sekarang kereta baru kebanyakannya memang dah ada tinted. Tapi jenis cerah, so ramai juga yang tak perasan. 

Tinted cerah ni, kalau ada bubble pun memang tak perasan. 

Sebab tu kalau kereta baru, saya memang akan bagitau customer yang kereta mereka dah ada tinted, cuma tak gelap. Bila nak double kan dengan tinted yang lebih gelap, berkemungkinan bubble yang ada bukan dari tinted baru, tapi sebenarnya tinted asal, cuma baru perasan sebab dah gelap. 

Ada yang faham, ada yang tak faham pasal ni, tapi tak pa, kita terangkan je dulu sebelum pasang. 




Macam-macam karenah ada, yang penting, saya suka jadi tukang pasang tinted. Macam-macam jenis kereta dah singgah ke Mekapkereta Sejuk. Macam-macam ragam manusia saya dah jumpa. 

Macam tadi, ceria je pelanggan kami ni. Terima kasih semua.

Friday, September 24, 2021

1 2 3 4..

1 2 3 4..



Kalau tak salah, ni kali ke 4 muallim Faizal datang tint dengan kami. Ke lebih? 🤭

Kereta ni dalam proses restorasi. Lepas dah siap cat, kereta ni hadir untuk pemasangan tinted pula. Tinted kereta ni pun disesuaikan mengikut tema. All black gitu. Fuh, padu! 





Nak tempah slot atau info lanjut, boleh klik di sini -> http://tinyurl.com/TintedKereta

Terima kasih semua yang sentiasa menyokong kami.

Monday, September 13, 2021

Jiran cakap..

Biasanya ramai datang sebab tengok di internet. Tapi pelanggan kali ni datang sebab jiran yang beritahu. 'Word of mouth' memang hebat! 






Pelanggan ni nak tinted yang sedikit gelap dan paling sejuk. Kami tunjukkan sekali bacaan menggunakan meter supaya pelanggan mendapat info yang sebenar spesifikasi tinted.

Nak tempah slot atau info lanjut, boleh klik di sini -> http://tinyurl.com/TintedKereta

Terima kasih semua yang sentiasa menyokong kami.