Sunday, December 5, 2021

Unlimited towing


π—¨π—»π—Ήπ—Άπ—Ίπ—Άπ˜π—²π—± π˜π—Όπ˜„π—Άπ—»π—΄

Cuba bayangkan kalau tengah memandu, tiba-tiba tayar kereta kita pancit, atau enjin kereta mati secara tiba-tiba.

Macam mana nak buat?

Jika kereta breakdown atau tayar pancit, kita boleh minta insurans untuk tarik (tow) kereta kita ke bengkel pilihan kita sendiri. Sekiranya kita tidak ambil unlimited towing masa perbaharui insurans kereta, towing mileage adalah terhad kepada beberapa kilometer sahaja untuk setahun, bergantung kepada syarikat insurans masing-masing. Jika lebih dari jarak yang ditetapkan, kita kena bayar lebihan kos. Contoh, towing service limited to 300 km, kereta kita kena tow sejauh 400 km, jadi kita kena bayar lebihan kos untuk 100 km bergantung kepada caj yang dikenakan oleh pihak insurans masing-masing.

Namun, jika kita ambil unlimited towing, tiada had jumlah kilometer, boleh tarik je kereta kita tu ke mana-mana bengkel secara percuma. Contoh kereta breakdown di Perlis tapi kita duduk di Johor, kita boleh minta kereta kita dibawa ke bengkel di Johor secara percuma. Cuma kena bayar tol sahaja jika lalu lebuhraya.

Unlimited towing ini adalah pilihan tambahan dalam pakej insurans kereta. Kalau tak salah kena tambah dalam beberapa puluh ringgit sahaja untuk setahun. Boleh check dengan syarikat insurans kereta masing-masing.

Cuma sebelum tu pastikan bengkel atau kedai tayar yang kita pilih boleh selesaikan masalah kereta kita. Sebabnya, towing hanya boleh bawa kereta kita dari lokasi A ke lokasi B sahaja. Jika dah sampai ke lokasi B dan kita terpaksa tow ke lokasi C pula kerana B tak dapat selesaikan masalah, kita perlu bayar sendiri kos towing dari lokasi B ke C.

Okay, ini langkah-langkah jika kereta breakdown:

1. Jangan panik. Pastikan kereta kita di tempat yang selamat. Letak car emergency triangle beberapa meter dari kereta kita untuk bagi amaran bagi kenderaan lain.

2. Jika breakdown, hubungi bengkel dan pastikan bengkel tersebut dapat selesaikan masalah kereta kita. Jika tayar pancit, kena pastikan tayar kereta kita ada ready stock. Kalau tayar standard size, biasanya ada je stok di kedai tayar, tapi kalau saiz tayar tak banyak orang pakai macam saiz besar atau lebar, yang tu kena pastikan betul-betul stok ada dan selalunya kena beli 2 biji tayar minimum.

2. Selepas hubungi bengkel dan pomen kata boleh repair (atau tayar kereta kita ada ready stock), kita hubungi pula syarikat insurans untuk maklumkan kereta kita breakdown di tempat sekian sekian dan ingin dibawa ke bengkel sekian sekian menggunakan towing. Bengkel itu tidak semestinya dalam panel insurans ya. Jika anda mengambil tambahan unlimited towing, anda tidak perlu risau jarak perjalanan atau berapa baki kilometer yang tinggal dalam setahun selepas kereta anda di ‘tow’.

3. Biasanya sekitar 10 minit, pihak towing akan hubungi kita dan maklumkan anggaran waktu ketibaan mereka.

4. Nantikan ketibaan tow truck dan pastikan kita berada dalam keadaan yang selamat.

5. Anda boleh naik sekali dengan tow truck dan pergi ke bengkel bersama.

Jadi, kita dah tak risau jika kereta kita rosak di mana-mana atau takut bengkel yang dibawa tu tak dapat nak baiki kereta kita. Kita hanya risaukan kos baikpulih sahaja.

Lega la sikit kan?

#infomekapkereta

No comments:

Post a Comment

Write your comment :)