Tuesday, February 16, 2021

Pick up & delivery

 Mudah dan cepat..

Pelanggan kami kali ni memilih perkhidmatan pick up & delivery bagi memudahkan pemasangan tinted. Beliau hanya duduk di rumah dan kami yang uruskan untuk pemasangan tinted kereta beliau. 



Pelanggan kami ni dah lama sebenarnya 'follow' kami di Mekapkereta Sejuk cuma tidak berkesempatan untuk datang ke kedai. Setelah melihat pelanggan kami yang lain menggunakan perkhidmatan pick up & delivery, beliau terus menghubungi kami untuk menetapkan slot pemasangan. 



Spesifikasi yang dipilih adalah seperti berikut:-

IRR 90 VLT 70 - cermin hadapan

IRR 85 VLT 50 - 2 pintu hadapan

IRR 85 VLT 20 - 2 pintu belakang & belakang

Sejuk dan mengikut spesifikasi. 

Jadi kepada anda yang ingin memasang tinted, pastikan anda memilih tinted yang berkualiti dan berbaloi, bukan harga yang paling murah 😊

Thursday, February 11, 2021

Hadiah dari isteri

 Hadiah untuk suami..


Biasanya suami akan buat surprise, pasangkan tinted untuk isteri. Tapi kali ni istimewa sikit, isteri buat kejutan, hadiahkan tinted untuk suami 😁


Hampir seminggu isteri beliau cuba aturkan kejutan untuk hadiah harijadi suaminya. Tiba masanya, isteri beliau minta suaminya datang ke kedai untuk claim hadiah dengan kami. Suami pun datang dalam keadaan penuh tanda tanya,


'Hadiah apa yang suruh datang ambil di Mekapkereta Sejuk?'


Selepas kami terangkan, baru lah suaminya tahu isteri beliau nak hadiahkan tinted untuk suaminya. Nampak tak betapa gembiranya suami bila dapat hadiah dari isteri? 😁






Jadi kepada isteri yang nak hadiahkan tinted untuk suami, boleh pm kami ya 🤭


Sanah helwah bos Kasbin Official. 

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


p/s : terima kasih juga buat isteriku yang selalu hadiahkan pelanggan di kalangan kawan dan student beliau 😍