Jom Tinted!

Kedai Tinted Pilihan anda. Dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya.

Jom Tinted!

Kedai Tinted Pilihan anda. Dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya.

Jom Tinted

Kedai Tinted Pilihan anda. Dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya.

Jom Tinted

Kedai Tinted Pilihan anda. Dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya.

Jom Tinted

Kedai Tinted Pilihan anda. Dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya.

Friday, August 24, 2012

Lanjutan Promosi

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua. Terima kasih di atas sokongan anda sepanjang Ramadhan Raya Promo yang lepas. Atas permintaan ramai, kami akan melanjutkan tempoh Promosi kami sehingga 31 Ogos 2012. Kepada mereka yang tidak berkesempatan tempoh hari, boleh dapatkan Promo menarik kami seperti Promosi Tinted serendah RM 150 untuk 1 kereta termasuk cermin hadapan dan belakang berserta warranty selama 5 tahun.

Dapatkan juga wiper pada kadar RM 35 utk setiap 2 pasang / 4 batang dalam 1 pembelian. Tawaran ini hanya sebentar sahaja sehingga 31 Ogos 2012.  Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk info, sila layari fb.com/mekapkereta

Sekian, terima kasih dari pihak kami :)

Thursday, August 2, 2012

2 minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Sudah 2 minggu kita melalui Ramadhan. Hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi di bulan yang mulia ini. Semoga kita semua memperoleh barakah dan rahmat di bulan mulia ini.

Utk offer Ramadhan Raya Promo 2012 juga, sekitar 2 minggu sahaja lagi sebelum tamat. Jadi kepada anda yg ingin membeli belah boleh berbuat demikian sebelum tawaran menarik ini tamat :)

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan Raya Promo

Alhamdulillah, bersempena bulan mulia ini, kami bawakan kepada anda pakej tinted siap pasang untuk semua cermin termasuk cermin hadapan, belakang dan cermin tepi. Harga sah sehingga 1 Syawal. Harga utk kereta sahaja. Kalo mpv / van kne tmbh sket sbb cermin lebih. Hehe..

Sedikit pengumuman, promosi ini KHAS utk pelanggan Mekapkereta sahaja. Jadi jika anda ingin membuat pakej tinted ni, sila hubungi kami dahulu sebelum ke kedai utk memasang kerana jika anda terus ke kedai tanpa inform pada pihak kami, dikhuatiri anda akan dikenakan caj seperti biasa (ini telah terjadi kepada beberapa org pelanggan). Jadi, kami amat2 berharap utk anda menghubungi kami dahulu di talian 019-660 6365. Berikut disediakan lampiran pakej tinted yang kami sediakan. Sekian, terima kasih :)


Wednesday, July 11, 2012

Ramadhan Raya Promo 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seperti tahun tahun sebelumnya, Mekapkereta tampil dengan 1 lagi promosi hebat untuk pelanggan dan peminat setia Mekapkereta (mcm la ada peminat..haha). Ramadhan Raya Promo 2012. Ada pelbagai barangan yang kita tawarkan pada harga promosi seperti Pivot Grounding Cable, Sparco Quick Release dan banyak lagi. Utk info lanjut boleh layari di lama facebook kami di SINI

Untuk info lanjut, kami juga boleh dihubungi di 019-660 6365. Cepat sementara stok masih ada. Promo berakhir pada 1 Syawal ini :)

Sekian, terima kasih :)


Wednesday, June 27, 2012

Kursus



Alhamdulillah, kursus untuk membeli dari China (A-Z) telah berjaya dilaksanakan sebanyak 2 kali. Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai kursus tersebut. InsyaAllah jika ada kesempatan, boleh dipertimbangkan untuk diadakan lagi kursus di masa akan datang.

Mungkin lama x update blog ni, jadi di sini kami tampilkan semula produk kami yang merupakan antara yang paling hangat di pasaran iaitu Boneless Full Silicon Wiper. Kenapa ianya terhangat? Kerana hampir 4000 batang wiper telah terjual. Ini membuktikan bahawa bukan sekadar murah, tetapi ia juga berkualiti sehingga telah terjual sebanyak itu.

Kami tampilkan di sini Boneless Full Silicon Wiper. Boleh rujuk gambar di atas. Cuma awas dengan pengelap cermin palsu yang mengatakan ianya adalah silikon walhal hanya plastik sahaja. Jadi sila berhati-hati. Belilah dari pengedar yang sah atau dapatkan terus dari kami. Anda juga boleh layari www.mekapkereta.com untuk melihat produk2 kami yang lain.

Sekian, terima kasih :)

Wednesday, May 9, 2012

Kursus Pemborong Aksesori Kereta A-Z



Kursus Pemborong Aksesori Kereta A-Z (China)

Jadual Kursus

Tarikh : 26 May 2012 (Premium dan Premium Plus)
Tempat : Bandar Baru Bangi, Selangor.
Kapasiti : Terhad kepada 40 orang sahaja.

Setelah menjadi pemborong, pengedar dan penjual aksesori kereta sejak tahun 2007, kini Afiniz Motorsport atau lebih dikenali dengan nama Mekapkereta akan berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang ada kepada anda dengan menyediakan kursus untuk menjadi Pemborong Aksesori Kereta A-Z (China).

Kami akan mengadakan Kursus Menjual Aksesori Kereta iaitu cara-cara untuk membeli terutama secara pukal dari luar negara. Kursus ini meliputi A-Z cara dan panduan terutama membeli dari negara China. Ianya meliputi panduan perjalanan (waktu yang sesuai untuk pergi ke sana), cara ke destinasi yang ingin dituju, urusan passport, visa, penginapan sewaktu berada di sana, tempat makan yang sesuai / restoran muslim, cara berurusan dengan pembekal di sana, mengimport barangan masuk ke Malaysia, urusan kastam, bank yang sesuai untuk transaksi dengan pembekal di China sehinggalah ke panduan untuk mengiklankan urusniaga anda secara 'online'.

Kenapa perlu kursus? Ini kerana anda perlu mengetahui cara dan langkah yang betul supaya anda tidak rugi dan membuang masa. Panduan yang akan diberikan semasa kursus ini akan membantu anda supaya anda tidak membuat silap atau kesalahan sewaktu berurusan dengan pembekal dari luar negara. Pembelian dan pengimportan barangan dari negara luar atau lebih spesifik dari negara China bukanlah seperti membeli secara 'online' seperti yang biasa kita semua lakukan. Ini kerana anda akan membeli secara terus dari kilang atau lebih tepat secara pukal dari pembekal di sana.

Sudah pasti banyak persoalan yang bermain di fikiran anda bukan apabila anda selalu mendengar ayat seperti :-
-> "kat China murah barang ni"
-> "ni diorang amik kat China la ni"
-> "kalau beli direct kt China ni, entah-entah berapa sen je bende ni"
-> "semua ni buat kt China ni..."

Anda pasti tertanya-tanya :-
-> macam mana nak beli dari China ni?
-> modal besar ke?
-> China ni besar, nak cari barang kat mana?
-> betul ke murah? nanti kena tipu, naya ni..
-> macam mana nak bawa balik barang?
...dan 1001 persoalan lagi bermain di fikiran anda.

Tahukah anda..

Mengikut unjuran ekonomi dunia, pada tahun 2011 yang lalu, negara yang mempunyai kedudukan ekonomi paling kukuh ke-2 di dunia selepas Amerika ialah China. Jepun jatuh di tangga ke 3. Jangkaan dalam 10 - 15 tahun akan datang, jika "trend" ekonomi dunia seperti sekarang, China mampu untuk mengatasi Amerika Syarikat dalam kedudukan ekonomi dunia.

Dengan ini, kami dengan sukacita akan mendedahkan tips, teknik dan rahsia untuk membeli dari China. Bukan sekadar membeli tapi persediaan, sebelum ke China, semasa di China dan selepas pulang sehinggalah barang anda tiba.

Siapa penceramah yang nak sampaikan kursus ni? 

Penceramah kami untuk menyampaikan kursus ini ialah Encik Mohd Azfaruddin. Beliau telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan selama hampir 7 tahun. Sebelum menceburkan diri secara sepenuh masa sejak 2 tahun yang lalu, beliau pernah bertugas sebagai Pereka di beberapa buah syarikat swasta seperti AEON CO. (M) Berhad dan juga Pensyarah di Cosmopoint dan Kolej Risda, Melaka. Tugas terakhir beliau ialah sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Malaya sebelum membuat keputusan untuk menceburkan diri secara sepenuh masa dalam bidang perniagaan.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti Multimedia, beliau telah berpengalaman dalam mengimport barangan secara terus dari China sejak tahun 2010 dalam memajukan lagi perniagaan beliau. Kelulusan dan pengalaman beliau sebagai seorang "Designer" telah digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk memulakan perniagaan "online" dan seterusnya melakukannya secara sepenuh masa.

Pergi ke China atas inisiatif sendiri dan telah melalui pengalaman sendiri dalam berurusan di China sejak 2 tahun yang lalu, beliau sedia untuk berkongsi segala kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dalam bidang perniagaan, pembelian secara pukal dan "online store".

Ramai yang bertanya kepada kami, betul ke nak dedahkan rahsia dari A-Z membeli dari China ni? 

YA, BETUL! 
Ada yang mengatakan bahawa mereka yang arif dalam bidang ini tidak akan mendedahkan ilmu ini. Tetapi kami akan dedahkan dan kongsikan kepada anda kerana kami percaya sesungguhnya semua orang mempunyai peluang dan rezeki masing-masing asalkan ada usaha, doa dan tawakkal. Kami juga ingin membantu usahawan supaya mereka akan lebih memahami tentang selok-belok perniagaan ini.

Modul bagi ini juga telah dirangka dengan teliti supaya mereka yang menghadiri kursus ini nanti akan memperoleh manfaatnya yang sebenar.

Apa yang akan anda perolehi dalam kursus ini? Lihat dengan teliti

Kursus Borong
Premium
Premium Plus
Latar Belakang China
ü
ü
Urusan Perjalanan
(Visa, Passport, Tiket)
ü
ü
Penginapan
ü
ü
Telekomunikasi
ü
ü
Lokasi Pemborongan
ü
ü
Penghantaran Pulang Barangan
ü
ü
Tips dan Panduan Menjual
ü
ü
Cara Menjual melalui ‘Online’
û
ü
Penceramah Jemputan
û
ü
Transaksi Pembelian dengan
Pembekal di China
û
ü
‘Hot Item’ di China
û
ü
Institusi Kewangan yang
Menyediakan Pinjaman
û
ü
Rancangan Perniagaan
untuk Pinjaman Perniagaan
û
ü
Waktu Kursus
9 am – 4 pm
9 am – 10 pm
Makanan
ü
ü
Harga
RM 400
RM 800


- Anda akan diberikan modul sebanyak 16 bab tentang kursus ini merangkumi latar belakang negara China, cara berurusan dengan mereka, urusan visa dan passport, proses pergi balik ke negara China, penginapan, restoran, urusan kewangan, telekomunikasi, membeli belah di sana, produk yang terdapat di sana, penghantaran balik barangan anda, pembekal di sana serta cara ibadah solat di sana.

- Seorang ustaz bertauliah akan hadir untuk menyampaikan cara sebenar ibadah solat sewaktu hendak pergi dan ketika berada di sana.

- Panduan menyediakan kertas kerja untuk memohon pinjaman dari institusi kewangan.

- Panduan melakukan 'online shop' untuk perniagaan anda.

Yang paling penting, semua perkara A-Z yang perlu anda tahu sebelum anda ke sana, semasa di sana dan selepas pulang akan didedahkan.

Harga yang ditawarkan untuk kursus ini hanya

RM 400 (PREMIUM)
DAN
RM 800 (PREMIUM PLUS)!

Harga yang ditawarkan untuk kursus ini amat murah dibandingkan dengan apa yang akan anda perolehi. Apalah sangat nilai ini jika dibandingkan dengan KERUGIAN yang akan anda tanggung akibat KESILAPAN ANDA SENDIRI. Anda juga akan diberikan panduan dan tips berguna dalam menjalankan perniagaan aksesori kereta. Lokasi tepat pembelian aksesori kereta di sana juga akan didedahkan.

Jika anda merasakan bahawa anda seorang yang ingin membeli barang terus dari pembekal, mendapat panduan tips dan pengalaman sebenar dari seorang yang pakar, apa tunggu lagi? Daftar lah terus untuk kursus kami.

Masih tidak yakin? Jika anda tidak berpuashati dengan kandungan modul kursus kami, kami akan mengembalikan 100% wang anda tanpa soal.



Dapatkan tawaran ini kerana tempat utk setiap kursus amat terhad untuk memastikan semua pelajar mendapat info yang berkesan.

Bagaimana untuk mendaftar?
- Untuk mendaftar, anda boleh email kepada kami di mekapkereta@gmail.com butiran anda seperti Nama, No Kad Pengenalan, dan Nombor Telefon anda. Deposit untuk pendaftaran hanya sebanyak RM 200 (Premium) dan RM 300 (Premium Plus). Jika anda ingin menempah secara online juga boleh layari di laman web kami di www.mekapkereta.com

Jika anda ada masalah atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut boleh hubungi kami di talian 06-7997 392 / 019-660 6365. Tempat adalah terhad!

Facebook n E-Commerce Web




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Wow..agak lama jugak tak menulis kt blog ni. Hampir setahun rupanya. Kepada pengikut setia blog ni, terima kasih kerana masih sudi utk membaca entry kali ni. Ke mana selama setahun ni? Hehe...


Basically x ke mana pn, cuma mengikut peredaran semasa yakni facebook dah menjadi medium utama utk berkomunikasi menggantikan blog. Banyak update2 mengenai harga, produk baru dan sebagainya dikemaskini di facebook berbanding di blog ini. Walau bagaimanapun, blog ini tetap menyajikan info yg terperinci mengenai sesuatu produk tersebut :) Kepada mereka yang baru terlihat blog ini, teruskan bersama kami dan jangan lupa utk add kami di www.facebook.com/mekapkereta (dh penuh dah ni) atau Like kami di fb.com/mekapkereta1 (kami kini lebih aktif di laman facebook mengikut peredaran zaman. Ahaks :P)


Kepada mereka yg mungkin terlepas pandang, kami juga telah melangkah setapak lagi dengan pelancaran laman web e-commerce kami yakni www.mekapkereta.com
Anda boleh membeli terus secara online menggunakan bank transfer atau kad kredit di laman web tersebut. Lebih mudah untuk mereka yg gemar membeli secara atas talian. Info, iklan juga akan kami update dari semasa ke semasa.


Kini, kami juga bakal melancarkan Kursus untuk Memborong Aksesori Kereta. Nantikan pengumuman seterusnya dalam entri yg akan datang. Till then, jumpa lagi =)