Thursday, December 13, 2018

Panduan Membeli Alat Ganti Kenderaan

Tips beli Minyak Enjin, Penapis Minyak dan Minyak Gear (Engine Oil, Oil Filter and Transmission Oil) yang Original! 😉




Harini nak share tips sikit, macam mana nak beli barang-barang di atas yang ASLI / ORIGINAL bukan TIRUAN. Sebab kebanyakan pengguna kereta di Malaysia memiliki kereta untuk tempoh yang lama. (Hutang kereta pun biasanya 9 tahun). Jadi, boleh lah panjang sikit hayat kereta tu dengan penjagaan yang betul 💪🏿💪🏿💪🏿

1. Beli terus di Pusat Servis Kenderaan. Contoh kalau kereta Proton, beli di Proton Service Centre. Perodua pula di Perodua Service Centre. Harga mungkin lebih berbanding di kedai alat-alat ganti kenderaan. Tapi barang pasti asli. Kalau di kedai spare part ni kebanyakannya adalah tiruan.

2. Ada juga yang memilih untuk menggunakan jenama minyak enjin yang lain seperti Shell Helix, Petronas Syntium dan sebagainya. Biasanya di kedai spare part memang banyak dijual. Tapi tak pasti ketulenannya. Kalau nak mudah dan asli, beli je di stesen minyak terbabit. Seperti biasa, harga memang mahal sedikit berbanding di spare part.

3. Boleh beli di pasaraya seperti Tesco, Giant dan lain-lain. Biasanya kalau waktu promosi memang murah. Sudah pastinya asli. Kalau tak asli, lama dah kena saman dengan syarikat gergasi minyak tu. Murah sebab promosi, clearance stock dan kalau perhatikan di bahagian belakang, biasanya minyak enjin ni diimport dari Eropah. Berbeza sedikit berbanding di stesen minyak yang kebanyakannya dari Asia. Minyak tu pula biasanya tiada seal aluminium selepas penutup dibuka berbanding minyak yang biasa dibeli di stesen minyak atau kedai spare part.

4. Kalau nak murah sedikit dan asli, boleh beli di Lazada, Shopee dan sebagainya. Boleh tengok gambar produk dan review dari mereka yang dah pernah beli, asli ke tidak. Boleh nilai sendiri dan biasanya memang murah berbanding kedai atau bengkel biasa. Kebiasaannya minyak enjin seperti jenama Liqui Moly ke, Bardahl ke, tak banyak di spare part. Kebanyakannya juga adalah asli.

Tips tambahan : Untuk kereta Proton lama, kalau di Service Centre kebanyakan Oil Filter berwarna biru. Di kedai spare part kebanyakannya berwarna putih.
Untuk kereta Perodua, Oil Filter di Service Centre berwarna hitam, kalau di spare part berwarna putih. Tak berani nak cakap sama atau tidak ketulenannya.
Kami tak jual barangan berikut di Mekapkereta Sejuk, kami jual tinted sahaja 😁Boleh share bersama. Moga dapat dijadikan panduan untuk anda memilih yang tulen, bukan tiruan.

No comments:

Post a Comment

Write your comment :)