Wednesday, November 18, 2020

Nissan oh nissan

Nissan Skyline, Nissan Silvia, Nissan Cefiro..

Ini antara kereta keluaran Nissan yang terkenal di seluruh dunia. Di Malaysia, ada satu lagi model Nissan yang boleh dikategorikan sebagai 'legend' iaitu Nissan Vannette. 

Boleh dikatakan van ini antara model paling 'evergreen' dan tahan lasak di Malaysia serta dikenali di kalangan peniaga.

Pelanggan kami ni pernah datang untuk tint kereta beliau sekitar 2-3 tahun lepas. Kali ni beliau datang bawa van yang baru dibeli untuk kami tinted kan. Panas sangat katanya bila tak pasang tinted.


Pasng tinted van ni memang ambil masa sikit, alhamdulillah kami dah sediakan ruang menunggu yang selesa untuk pelanggan dilengkapi dengan WiFi percuma (unifi), movies dan kudapan percuma. Ramai yang siap tertidur lagi, mungkin sebab selesa sangat kot 🤭


Terima kasih banyak kepada anda semua yang sentiasa menyokong kami.

#MekapkeretaSejuk

No comments:

Post a Comment

Write your comment :)