Saturday, June 27, 2015

Tinted Bubble



Entri kali ni nk cerita sikit mengenai gelembung di 'tinted' a.k.a tinted bubble. Kami perlu menerangkan perkara ini agar dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat terutama yg baru kali pertama nk pasang tinted di kereta atau yg 'pandai sangat'.

Jaminan
- Antara perkara utama yg pelanggan akan tanya ialah bape tahun jaminan. Jaminan dari segi apa? Ok, jaminan yg dimaksudkan ialah sekiranya terdapat gelembung / bubble pada tinted dan juga pudar x sekata. Maksud pudar x sekata tu bila ada 1 cermin je pudar, yg lain masih maintain lagi warna nya. Pudar tu mmg pasti, x kira apa jenis tint. Cuma berapa cepat dia pudar tu bergantung pada jenis tinted dan berapa kerap kereta jemur tgh panas. Jadi kalo ada 1 cermin je yg pudar dgn cepat berbanding yg lain, maksudnya ada masalah pada tint tersebut. Kalo semua pudar sekata je, tu normal la ye :) Oh ye, kebiasaannya tinted akan nampak pudarnya lebih dari setahun dan ke atas bergantung pada tahap jenis tint dan juga tahap pendedahan kenderaan terhadap cahaya matahari :)

Bubble
- Ok, ramai yg tanya pasal bubble ni. Normal ke bubble ni? Kenapa ada bubble? Boleh ilang ke bubble ni? Tau pasang x ni? dah bape lama pasang tinted? 

Bubble pada permulaan pemasangan pada cermin adalah normal. Kadangkala ia mengambil masa beberapa minggu hingga sebulan utk hilang. Jika masih ada, boleh datang semula utk claim warranty. Tapi kenapa ada bubble? Bubble disebabkan oleh merupakan udara yg terperangkap sewaktu pemasangan. X bole buat xde bubble langsung ke? Bole kalo pasang dalam keadaan vakum. Haha..kalo x paham vakum tu apa, kene belajar balik sains lepas ni. Secara ringkasnya, vacuum adalah keadaan di mana suatu tempat yg langsung tiada partikel udara :) Macam kt outer space plak :P

'Tapi saya tengok ada je bubble kecik2 dekat tint ni' kata pelanggan. (Padahal jarak

Sebenarnya tiada istilah perfect installation dalam pemasangan tint. Hatta dari professional installer yg dah pasang tint lebih dari 20 tahun dari USA dan dah masuk beberapa pertandingan tint installation pn bagitahu mmg akan ada nampak sedikit bubble dan itu normal :) -bole refer di http://www.tintdude.com/forum/index.php/topic/80886-brand-new-tint-bubbles/ 
Kadang2 tu, customer yg terlalu details observation nye, mata dia akan 'rimas' bile nmpk bubble ni, padahal jarak antara mata ngn cermin tu hampir nk cecah batang idung.. huhuhu..

Jadi diharap para pelanggan dan bakal pelanggan dapat sedikit info yg berguna untuk manfaat kita bersama :)

4 comments:

  1. Post yang menarik.Saya nak tuan buat post khas tentang lokasi baru kedai mekapkereta ni boleh tak.Bagi koordinat bagus jugak.Bagi tak cekap jalan macam saya ni,ada koordinat sangat membantu.Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tuan, kami akan update nnti dalam entri terbaru / di bahagian contact nanti :) info lanjut, bole hubungi kami di 019-660 6365 :) terima kasih kerana sudi membaca blog kami ni :D

      Delete
  2. baru faham serba sedikit tentang tinted ni. tq sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ur welcome :) sharing is caring ;)

      Delete

Write your comment :)