Wednesday, January 26, 2022

Check tinted


Mungkin ada yang masih tak tahu macam mana nak pilih tinted.

Apa yang nak kena tahu?

Macam mana nak check tinted yang kita pasang tu betul ke spec dia?

Kalau dia claim lepas JPJ, betul ke lepas JPJ?

Tinted yang IRR tinggi, harga pun mahal sikit. IRR tu apa? Betul ke kereta kita tu dipasang dengan spec tinted yang tinggi IRR dan ikut spec yang kita nak? Macam mana nak check?

Video di bawah ni kami tunjukkan meter yang ada di kedai kami.

Di Mekapkereta Sejuk, sebelum dan selepas pasang anda boleh check sendiri spec tinted yang anda dah pilih tu.

Sebelum ni kami dah kongsi serba sikit mengenai VLT, IRR dan UVR.

Jom ulangkaji sikit:

IRR bacaan utk tentukan potong panas. Lagi tinggi peratus IRR, lg tinggi kadar potong panas, lg sejuk, dan harga lagi mahal.

VLT peratus nk tentukan kecerahan tint. Makin tinggi bacaan VLT, makin cerah tint. Nak tau lepas JPJ ke tak, tgok pada bacaan VLT ni.

UVR ni fungsi dia macam sunblock. Untuk jaga interior kereta dan Kulit kita. Lagi tinggi bacaan UVR ni lagi baik. Hampir semua tinted IRR dia 95% dan ke atas. Kalau UVR 99% tu, memang biasalah tu. Jadi jangan terpedaya dengan bacaan UVR yang tinggi. Ini bukan point penting dalam pemilihan tinted.

Semoga bermanfaat.

#infoMekapkeretaSejuk
#MekapkeretaSejuk
#mekapkereta
#jomtinted

No comments:

Post a Comment

Write your comment :)