Monday, May 15, 2017

Tinted Kereta di Mekapkereta Sejuk



Alhamdulillah, kami kini beroperasi di kedai di Nilai 3. Terima kasih atas du'a dan sokongan semua.

Nak cerita sket ni...

Kebiasaannya, kalau kita nak survey pasal tinted, mesti kita akan tanya mengenai spec tint dulu kan? Berapa peratus VLT, IRR dan UV.
.

VLT (Visible Light Transmittance):

Nak tahu info mengenai gelap atau cerah tint, kena rujuk pada bacaan VLT. Kalau nak tahu tint anda lulus JPJ ke tak, anda juga kena rujuk pada bacaan VLT ini. Di Mekapkereta Sejuk, bacaan VLT yang kami nyatakan meunjukkan peratus cahaya boleh nampak yang menembusi tint. Makin tinggi bacaan VLT, makin cerah tint.
.
IRR (Infrared Rejection):
IRR memberi info mengenai sejuk atau panas sesuatu tint. Jika anda ingin mengetahui berapa peratus sesuatu tint itu dapat potong/halang haba dari tembus, anda boleh rujuk kepada bacaan IRR ini. Makin tinggi bacaan IRR, makin tinggi tahap potong panas tint tersebut. Jadi, jika anda inginkan tint yang tinggi potong habanya, anda perlu memilih pakej tint yang mempunyai bacaan IRR yang tinggi. 
.
UV (ultraviolet):
Boleh dikatakan kesemua UV film mencatatkan bacaan UV 99% . ramai pihak di luar sana yang sengaja highlight kan bacaan UV 99% ini sebagai taktik pemasaran, untuk menarik keyakinan pelanggan.

Dalam memilih pakej-pakej tint, anda perlu berhati-hati, jangan mudah terperdaya dengan promosi-promosi yang dipaparkan. Ambil masa, bandingkan jenis spec tint dan harga yang ditawarkan. Pastikan juga spec tint yang diberitahu kepada anda benar-benar sahih.
.
TAPI...pernahkah anda terfikir, bila anda survey spec tint, macam mana nak tau betul ke tak bacaan spec tint yg diberitahu oleh tint installer di kedai-kedai tinted? Selalunya mereka akan suruh anda test guna lampu. Namun lampu tidak dapat menunjukkan bacaan spec tint yg sebenar. Apakah bukti yang menyatakan bacaan VLT, IRR dan UV seperti yang diberitahu atau yang diiklankan?
.
Menyedari akan hal ini, kami di MEKAPKERETA SEJUK rasa bertanggungjawab dalam memberikan info yang betul agar tidak ter over claim produk kami nanti ðŸ˜… Anda sebagai pelanggan berhak tahu spec tint yg betul. Jadilah pengguna yang bijak. Takde la nanti rasa terkena atau tertipu..kan?kan?
.
BAGAIMANA? Di MEKAPKERETA SEJUK, kami akan tunjukkan bacaan pada meter untuk spec tint tersebut (mohon rujuk gambar meter di bawah ðŸ˜€). Sebelum pemasangan, kami akan beri penerangan dan tunjukkan bacaan meter bagi spec tint pilihan anda. Harapan kami agar anda berpuas hati berurusan dengan kami. Kami sentiasa berusaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatan kami insyaaAllah. Terima kasih atas sokongan anda.
.
Anda juga boleh datang ke kedai kami untuk dapatkan info dan booking slot pemasangan.
.
Alamat kedai terkini:
MEKAPKERETA SEJUK, NO. 27, JALAN SURIA 2, NILAI 3, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN.
.
Telefon (O) : 06 794 6268
Telefon (Hp) : 019 660 6365
.
BOOKING SEKARANG: www.wasap.my/60196606365
BOOKING SEKARANG: www.wasap.my/60196606365
BOOKING SEKARANG: www.wasap.my/60196606365
BOOKING SEKARANG: www.wasap.my/60196606365
BOOKING SEKARANG: www.wasap.my/60196606365
JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA.
.
#mekapkeretasejuk
#jomtinted
#tintedkeretamurah
#tintedkereta
#sejuk
#safetytint
#securitytint
#antithefttint
#nilai
#nilai3

Meter yang kami gunakan untuk tentukan spec tint bagi bacaan IRR, VLT dan UV.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Mekapkereta Sejuk:

Bilik Menunggu:

Pihak Mekapkereta Sejuk amat menitikberatkan keselesaan para pelanggan kami. Sementara menunggu proses pemasangan tint, anda boleh menunggu di bilik menunggu yang selesa, insyaaAllah. Di bilik ini, kami sediakan tv, bahan bacaan, makanan dan minuman ringan serta permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Di kedai kami juga dilengkapi dengan  kemudahan WiFi percuma :) :) :) 
Ruang Menunggu.
Food & beverage corner. Help yourself :D 

Consultation area. ha..kat sini nanti anda akan di beri penerangan mengenai spec tint mengikut pakej yang anda mahu. Di sini juga kami akan tunjukkan bacaan meter utk spec tint kami :)

Ruang pemasangan.
Ruang Kerja:
Ruang kerja merangkumi ruang pemasangan tint dan bilik potong. Semua tint kami simpan di dalam bilik potong supaya terpelihara dari habuk atau debu. Semua tint yang kami pasang akan di potong mengikut saiz cermin terlebih dahulu sebelum di pasang di ruang pemasangan.

Para pelanggan dilarang berada di kawasan ini (ruang kerja) ketika kerja-kerja pemasangan dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Ini adalah kerana, semasa kerja-kerja pemasangan dijalankan, ada beberapa peralatan yang kami gunakan yang merbahaya seperti pisau, heat gun, wayar penyambung dan sebagainya. selain itu, air sabun yang digunakan selalunya akan tertumpah ke lantai dan menyebabkan permukaan lantai menjadi licin.

Kedai kami juga merupakan kawasan larangan merokok. Umum mengetahui bahawa dalam kerja-kerja pemasangan tint, adalah sangat penting untuk kami kurangkan tahap pendedahan terhadap habuk dan kotoran. Dikhuatiri asap rokok akan mencemarkan kualiti udara kawasan pemasangan. Selain itu,  haba dari abu rokok dibimbangi akan terkena pada tint atau kereta pelanggan yang datang ke kedai kami.
Bilik potong.
Kerja-kerja pemasangan tint.
    



Ruang Solat:

Antara kemudahan yang amat penting ialah ruang untuk solat. Di sini kami sediakan bilik khas untuk para pelanggan kami yang beragama Islam untuk mengerjakan solat. Di dalam bilik ini kami sediakan sejadah, telekung, Al-quran dan cermin untuk kegunaan anda. Jangan lupa selitkan nama kami dalam doa anda ye ;)

Ruang Solat.


Tandas:
InsyaaAllah, pihak kami akan sentiasa memastikan tandas yang disediakan adalah dalam keadaan yang bersih. Sebab kami pun pengguna seperti anda..heee...memang tak lalu rasenye kalau toilet kotor...huhuhuhu...


Jom tinted! Jangan lupa like page fb kami ye :)
fb.com/mekapkeretasejuk
ALAMAT KEDAI:

MEKAPKERETA SEJUK, 
NO. 27, JALAN SURIA 2, 
NILAI 3, 
71800 NILAI, 
NEGERI SEMBILAN
.
Telefon (O) : 06 794 6268
Telefon (Hp) : 019 660 6365

Terima kasih sudi berkunjung ke blog kami :))))

No comments:

Post a Comment

Write your comment :)