Monday, October 19, 2015

Cool Black Tint..masih RM 160

Di zaman kegawatan ekonomi dan kos sara hidup yg meningkat, kami masih mengekalkan harga tinted yg menjadi pilihan ramai : Cool Black Tint pada harga RM 160 shj (termasuk cermin dpn n blkg) :) cepat2 sblum stok habis.

Mekapkereta Sejuk,
Lot 1, kompleks IKS Sg Tangkas,
Bangi, Selangor.
019-660 6365


Thursday, October 1, 2015

ELAKKAN DARI TERTIPU!


SAFETY BLACK TINT
HARGA PROMO : RM 349 (semua jenis sedan)
CUCI TINT LAMA : RM 50 - RM 80 (ikut keadaan tint lama)
**Perlu BOOKING terlebih dahulu
**RM 50 untuk booking tarikh pemasangan
**Baki bayaran dijelaskan selepas pemasangan
**Hubungi 019 660 6365 (En. Azfar)
*mohon rujuk PERINCIAN dan SPESIFIKASI filem safety ini di link blog kami agar urusniaga lebih jelas smile emoticon
-> http://mekapkereta.blogspot.my/…/pakej-5-rm-399-nama-tinted…

ELAKKAN DARI TERTIPU!

Safety / Security Tint telah menjadi pilihan ramai kebelakangan ini. Selain fungsi asal tint ini utk menapis haba untuk kereta anda, safety tint juga mampu membantu menghalang pencuri, perompak atau cubaan untuk memecahkan cermin kereta anda.
Namun ramai yang tidak tahu bahawa safety tint TIDAK BOLEH dipasang pada cermin hadapan dan juga sesetengah cermin belakang kenderaan. SAFETY TINT BOLEH DIPASANG DI CERMIN SISI SAHAJA.

MENGAPA? Sebab permukaan cermin hadapan (terutamanya) dan cermin belakang adalah melengkung. Untuk memasang tint di cermin hadapan dan belakang, 'tint installer' perlu menggunakan 'heat gun' untuk membakar tint bg melembutkanya supaya tint dapat mengikut lengkungan seperti cermin kereta anda. Namun, filem safety tint ini tebal. Untuk mendapat lengkungan tersebut,filem safety yg tebal ini perlu dibakar dlm tempoh yg agak lama. Kesannya, gam pada safety tint (adhesive tint) akan cair menyebabkan filem TIDAK BOLEH MELEKAT pada cermin kereta.

Malangnya, ramai yang menyangka Safety Tint Film ini boleh dipasang bagi semua bahagian cermin kereta. Jadi,ini info tambahan untuk anda smile emoticonKami telah menerangkan spesifikasi safety film ini di Pakej 5 Tinted di blog kami -> http://mekapkereta.blogspot.my/…/pakej-5-rm-399-nama-tinted…

Dalam perniagaan, memang kami kena fikirkan keuntungan. Tapi keuntungan biarlah BERKAT walaupun sedikit, insyaaAllah smile emoticon‪#‎kitakanislam‬ wink emoticon

Pihak bomba juga tidak menggalakkan untuk kita memasang safety film pada cermin hadapan dan belakang. Ini bagi mengelakkan kesukaran kepada kita / pihak bomba sekiranya berlaku kecemasan.

Diharap dengan penerangan ringkas ini, anda dapat memastikan bahawa anda tidak ditipu sekiranya anda memasang Safety / Security Tint smile emoticon

Monday, September 28, 2015

Honda Jazz Tint

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yg telah datang dan pasang tint dengan kami sepanjang promosi kami yg lalu. Kami amat menghargai sokongan anda semua. Ada yg dari Bangi, Putrajaya, Perak dan banyak lagi lokasi lain. Semoga anda terus bersama kami dan mendoakan kejayaan kami di masa akan datang.

Banyak juga pelanggan kami terutama wanita memilih tint ni. Tint apa tu? Safety Tint :D Sebab bukan setakat sejuk, tapi ada ciri-ciri keselamatan. Harga plak amat berpatutan. Lelaki pn ramai juga yg pilih ni utk keselamatan ahli keluarga mereka dan juga barangan berharga mereka. Memandangkan kes kecurian yang semakin membuak buak di kebelakangan ni, marilah kita bersama berusaha utk memelihara diri kita dan mereka yg kita sayangi.

Atas permintaan ramai, kami bawakan Safety Black Tint dengan VLT yg lebih gelap yakni VLT 35. Jadi bolela menepati syarat kegelapan maksimum yang terbaru utk sisi belakang kereta anda mengikut peraturan abang JPJ kita. Hehe...Harga?

Masih sama seperti dahulu. RM 399 shj complete 1 kete :) Info lanjut hubungi kami di 019-660 6365 :)


Wednesday, September 9, 2015

Safety Black Tint...Masih lagi RM 249 SAHAJA!!

Jangan risau, tawaran untuk Safety Black Tint masih ada. Promosi masih berlangsung. RM 249 SAHAJA!! Ramai dah yg buat tinted ni. Jangan tunggu lagi. Tempahan masih dibuka sehingga 16 September ini. Tempoh pemasangan sehingga 30 November. Safety Black Tint ni lebih sejuk berbanding Cool Black Tint tau. Harga asal RM 399. Tapi sekarang promosi hanya RM 249 SAHAJA.

Dah la murah, sejuk plak tu. Dan lebih penting ada ciri-ciri keselamatan. Sayangi diri anda, keluarga anda dan harta anda. Jangan tunggu lagi. Tempah sekarang...(macam ayat MLM plak dh. haha...) Info lanjut boleh hubungi kami di 019-660 6365. Kunjungi kedai kami di Lot 1P, Kompleks IKS Sg Tangkas, 43650 Bangi, Selangor. Kepada penduduk sekitar Lembah Klang khasnya, dan Malaysia amnya, #jomtinted (ahaks..)


Saturday, September 5, 2015

Jom Cepat..Tawaran masih ada

Mungkin ramai yang tak perasan, kami telah melanjutkan tempoh tempahan untuk Safety Black Tint dari 31 Ogos ke 16 September atas permintaan ramai. Pemasangan pula sehingga 30 November 2015. Jadi kepada anda semua, masih belum terlambat untuk membuat tempahan dan pemasangan dengan harga promosi RM 249 sahaja. Jangan berlengah lagi, #jomtinted :) Info lanjut hubungi 019-660 6365. Terima kasih..


Jom Bersama Kami



Peluang kerjaya untuk anda :)

Kami mencari anda yang memerlukan pekerjaan secara tetap (pembantu kedai) untuk membangun bersama kami. Kelayakan adalah seperti berikut :-

1. Islam
2. Lelaki
3. Solat 5 waktu
4. Berperwatakan menarik dan ceria
5. Sedia untuk belajar
6. Kerja 6 hari seminggu
7. Gaji Asas + OT serta beberapa insentif menarik
8. Lokasi kerja di Sg Tangkas, Bangi berdekatan dengan UKM

Kami tidak memerlukan anda yang berpengalaman. Cuma mereka yg berminat untuk menjadi sebahagian dari kami dan sedia belajar serta boleh menerima teguran dan disiplin yang tinggi :) Kami sedia mencurahkan ilmu dan pengalaman kami kepada anda untuk kita bersama maju ke hadapan.

Info lanjut, hubungi 019-660 6365. Sekian, terima kasih

#jomtinted


Wednesday, July 29, 2015

SAFETY Black Tint hanya RM 249 SAHAJA!!



Nak pasang Safety / Security Tint? Tapi nak murah, berkualiti, kacak, bergaya, comel dan patuh JPJ. Ada ke?
Demi menghargai sokongan anda, kami tampilkan khas SAFETY Black Tint pada harga RM 249 SAHAJA (NP RM 399) beserta 7 TAHUN JAMINAN. Murah kan? Pakej ni termasuk dengan cermin depan dan belakang (utk kereta sedan sahaja). Kalau ada nk kopek / cuci tint lama ada caj tambahan RM 50-RM 80 (maksimum) utk 1 kereta.
Berminat? Nak tahu caranya?
1. Perlu membuat tempahan slot berjumlah RM 50 sahaja ke akaun kami. Sila whatsapp / telegram / email bukti pembayaran ke nombor 019 – 660 6365 (mekapkereta@gmail.com)
2. Anda juga boleh datang terus ke kedai kami utk bayaran tempahan slot.
3. Baki bayaran perlu dijelaskan setelah selesai pemasangan.
4. Tawaran sah sehingga 31 Ogos 2015.
5. Slot pemasangan bermula Ogos hingga Oktober 2015.
Berminat nak tahu pasal Safety Black Tint? ->http://mekapkereta.blogspot.com/…/pakej-5-rm-399-nama-tinte…

Tuesday, July 7, 2015

Safety Black Tint

Sempena nk Raya ni, antara yg ditawarkan ialah Safety Black Tint. Kebiasaan harga yg ditawarkan ialah RM 399 complete kete. Tapi kali ni hanya RM 299 je complete kete. Murah kn? Untuk Ramadhan Raya promo kali ni kami mmg menawarkan yg terbaik dan murah. Ada yg tanya ngn kami, nape murah sangat? Ok kami terangkan di bawah.

Kami bukan lah syarikat2 besar yg ada peruntukan besar nak buat iklan dalam TV ke Radio. Kami hanyalah ikan bilis di dalam lautan yg luas. Tapi kami tetap menghargai mereka yg sentiasa bersama kami dan mengikuti perkembangan kami. Jadi sebagai langkah promosi, kami menurunkan harga kami. Umpama kami bayar iklan, tapi kali ni kami bagi terus pada pengguna. Jadi, dari kami melabur untuk pengiklanan, kami terus laburkan pada pelanggan kami. Nampak x 'business strategy' kami (sbb kami ikan bilis je, xleh nk spend banyak untuk iklan. Hehe..)

Ni kami tunjuk sket, antara yg sempat datang dan buat waktu promo kami haritu. Honda Jazz yaww... Safety Black Tint Package. Pelanggan ni merupakan pelanggan lama kami. Dari sebelum kami buka kedai lagi, sampai la sekarang masih setia mengikuti perkembangan kami. Terima kasih banyak bos sentiasa menyokong kami.

Ramadhan bakal berakhir x lama lagi, sedih pulak rasa. Jadi, kepada anda yg nk buat tinted tu, meh cepat2 datang dan buat ngn kami. Info lanjut bole hubungi kami di 019-660 6365 atau pm kami di Fb : Mekapkereta Sejuk. Kedai kami dh pindah di Sungai Tangkas, Bangi ye semua :) Enjoy..


Update : Stok untuk Safety Black Tint sold out (July 1st 2015). Hehe...mekasih sume..

Saturday, June 27, 2015

Tinted Bubble



Entri kali ni nk cerita sikit mengenai gelembung di 'tinted' a.k.a tinted bubble. Kami perlu menerangkan perkara ini agar dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat terutama yg baru kali pertama nk pasang tinted di kereta atau yg 'pandai sangat'.

Jaminan
- Antara perkara utama yg pelanggan akan tanya ialah bape tahun jaminan. Jaminan dari segi apa? Ok, jaminan yg dimaksudkan ialah sekiranya terdapat gelembung / bubble pada tinted dan juga pudar x sekata. Maksud pudar x sekata tu bila ada 1 cermin je pudar, yg lain masih maintain lagi warna nya. Pudar tu mmg pasti, x kira apa jenis tint. Cuma berapa cepat dia pudar tu bergantung pada jenis tinted dan berapa kerap kereta jemur tgh panas. Jadi kalo ada 1 cermin je yg pudar dgn cepat berbanding yg lain, maksudnya ada masalah pada tint tersebut. Kalo semua pudar sekata je, tu normal la ye :) Oh ye, kebiasaannya tinted akan nampak pudarnya lebih dari setahun dan ke atas bergantung pada tahap jenis tint dan juga tahap pendedahan kenderaan terhadap cahaya matahari :)

Bubble
- Ok, ramai yg tanya pasal bubble ni. Normal ke bubble ni? Kenapa ada bubble? Boleh ilang ke bubble ni? Tau pasang x ni? dah bape lama pasang tinted? 

Bubble pada permulaan pemasangan pada cermin adalah normal. Kadangkala ia mengambil masa beberapa minggu hingga sebulan utk hilang. Jika masih ada, boleh datang semula utk claim warranty. Tapi kenapa ada bubble? Bubble disebabkan oleh merupakan udara yg terperangkap sewaktu pemasangan. X bole buat xde bubble langsung ke? Bole kalo pasang dalam keadaan vakum. Haha..kalo x paham vakum tu apa, kene belajar balik sains lepas ni. Secara ringkasnya, vacuum adalah keadaan di mana suatu tempat yg langsung tiada partikel udara :) Macam kt outer space plak :P

'Tapi saya tengok ada je bubble kecik2 dekat tint ni' kata pelanggan. (Padahal jarak

Sebenarnya tiada istilah perfect installation dalam pemasangan tint. Hatta dari professional installer yg dah pasang tint lebih dari 20 tahun dari USA dan dah masuk beberapa pertandingan tint installation pn bagitahu mmg akan ada nampak sedikit bubble dan itu normal :) -bole refer di http://www.tintdude.com/forum/index.php/topic/80886-brand-new-tint-bubbles/ 
Kadang2 tu, customer yg terlalu details observation nye, mata dia akan 'rimas' bile nmpk bubble ni, padahal jarak antara mata ngn cermin tu hampir nk cecah batang idung.. huhuhu..

Jadi diharap para pelanggan dan bakal pelanggan dapat sedikit info yg berguna untuk manfaat kita bersama :)

Friday, June 12, 2015

Tudia Baq Ang..

Anda mungkin tercari cari tinted yg sejuk, tp bajet x besar. Kn kn? Kalo bole mmg nk IR 90, tapi rege mmg agak mahal sedikit. Sekitar 1000++..jadi mungkin x ramai yg berkemampuan. Jadi, tinted bawah IR 90 ni x sejuk ke? Bukan x sejuk, cuma kurang sejuk berbanding dengan IR 90 ni. Hehe... Jadi apa tinted yg sesuai dengan bajet yg sederhana?

Ok, sebenarnya tinted yg IR 70 ke atas mmg dah rasa dah beza berbanding IR 50 gitu. Kiranya IR 70 dh bole rasa sejuk berbanding IR 50. IR 50 ni mmg terasa sikit panas dia sbb kualiti dan material dia (sesuai la dgn regenye RM 160 je complete kete...huhu. Tapi tetap UV 99 tau yg kami punya). So tinted IR 70 ni yg mcm mn yg ada?

Seperti yg ramai bole tgk, antara yg paling popular ialah Chrome Silver Tint. Sbb rege dia RM 380 je complete kete. Murah dan terasa berbeza sejuknye. (Jangan bandingkan dengan IR 90 ye...hehe). Tapi kalo bajet anda sekitar lingkungan 400 gitu, ni la tinted yg paling sesuai. Sejuk dan berkualiti.

Pakcik ni mai dari Kulim baq ang nk tinted kt kedai kami khas utk kereta Toyota Rush dia. Terima kasih banyak pakcik sbb sokong kami walaupun mai dari jauh.

Info lanjut bole hubungi kami di 019-660 6365 atau kunjungi kami di Lot 1P, Kompleks IKS Sg Tangkas, Bangi :) Meh tgk gmbar ni...Tudia baq ang... Terbaekkk


Wednesday, June 10, 2015

Safety Silver Offer

Mungkin sebelum ni ada yg dh pernah lihat Safety Silver Tint kami. Kini dengan menghampiri Ramadhan dan Raya, kami bawakan kepada anda tawaran promosi utk Safety Silver Tint ni pada hanya RM 599  
RM 550 SAHAJA. Kenapa Safety Silver?

Ok, Safety Silver ni bukan sahaja Selamat (sbb kategori Safety), ia juga dalam kategori Metal Film yg keras. Lebih tahan gitu. Menjadikan ianya lebih menarik sbb digabungkan dengan 'material' yg sejuk dan jadilah ia Safety Silver. Sejuk dan Selamat gitu. Ramai pelanggan yg suka dengan tinted ni. Jadi kami bawakan tawaran khas untuk anda.

Lindungi diri anda, keluarga dan harta benda anda. :) Kami tampilkan contoh yg telah dipasang pada Honda Accord baru milik seorang pengusaha Butik Pengantin.

Kunjungi kami di Lot 1P, Kompleks IKS Sg Tangkas, Bangi. X jauh dari Shell Sg Tangkas. Info lanjut boleh hubungi 019-660 6365 (wassap pn bole). Terima kasih ;)

p/s : No plate kete ni mmg ditunjukkan atas permintaan pemiliknya. Hehe..




Saturday, May 30, 2015

Myvi Commemorative...Kami pn nak bagi

Anda pemilik Myvi? Kenal sape2 pemilik myvi? Sebarkan...hehe  



Sempena 10 tahun Myvi di pasaran, dan merupakan model paling banyak yg pasang tinted dgn kami, kami dengan ini melancarkan tawaran khas utk 10 buah Myvi sahaja.

Apa yg menarik sangat ni?

Tinted Safety Black dalam Pakej 5 tinted kami yg berharga RM 399, kini hanya RM 299. Nape murah sangat? Sbb kami menghargai sokongan anda semua selama ni :) Tapi utk
10 buah kereta Myvi Sahaja. Xleh banyak2, sbb rege mmg pengsan habis. Hehe...sape cepat dia dapat.

Tinted Safety Black ni antara jenis tinted yg popular di kedai kami. Selain harga yg berpatutan dan kualiti yg menarik (kategori tint sejuk), tinted ni juga bole membantu menyelamatkan diri anda, keluarga dan barangan anda. Kira susah org nk pecahkan cermin kereta anda gitu :) Spec tinted seperti di bawah :-

Safety Black package
- UV 99, IR 65, VLT 50
- 7 tahun jaminan
- 4 mil thickness

Cara untuk anda dapatkan tawaran ni

Ok, berminat? Jika anda berminat,
1. Sila hubungi kami di 019-660 6365 dahulu (nk wassap pn bole) utk semak masih ada lagi x 10 kuota tersebut. Cepat2...kang melopeh :D (jika ada tinted lama pada kereta anda, upah cuci adalah sebanyak RM 50 utk 1 kereta).

2. Selepas itu, anda boleh buat bayaran terus di kedai kami atau buat bayaran di akaun kami Maybank 555108003729 Afiniz Motorsport. (First come first serve basis).
- Jika anda buat bayaran secara online, sila sms / wassap kepada kami untuk maklumkan serta bukti pembayaran bole di emailkan ke mekapkereta@gmail.com berserta no pendaftaran Myvi anda.

3. Tempoh pemasangan pula adalah 3 bulan dari tarikh yg anda bayar. Kira dalam tempoh 3 bulan ni, bole arrange utk pemasangan kereta anda. Sekiranya, dalam tempoh 3 bulan ini anda tidak dapat datang utk pasang tinted, anda boleh maklumkan kepada kami (sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh tamat) utk meminta tempoh lanjutan.

Utk anda yg mempunyai facebook / instagram bole follow kami sbb anda yg xde kereta Myvi pn ada sesuatu utk anda di sana :)

Facebook page > Mekapkereta Sejuk
Instagram > Mekapkereta

Ok, jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi 019-660 6365. Lokasi kedai kami sekali lagi di

Mekapkereta Sejuk,
Lot 1P, Kompleks IKS Sg Tangkas,
Kg Sg Tangkas, 43650 Bangi,
Selangor

019-660 6365

Terima kasih :)







Wednesday, May 6, 2015

Sejuk tapi x gelap

Ramai yg tanya ngan kami bila kami iklankan tinted2 yg ad. Ramai yg suka tint yg gelap,tp perlu diingatkn yg Gelap tak Semestinya Sejuk.

Contoh paling nyata mcm chrome silver ni.x gelap pn tp sejuk je. Antara tint pilihan ramai sbb sejuk tp rege sgt2 berbaloi. RM 380 je complete kete. Fuuhh..betul ke ni? Yup,kami ad test lamp kt kdai utk anda rasa sndiri perbezaannya. Hehe..

Jadi bila bwk kete anda,rasa sejuk n x takut pn jmpe pihak berkuasa.kn kn? :)


Sunday, April 19, 2015

Tempat baru..

Alhamdulillah, akhirnya kami telah berpindah sepenuhnya ke tempat baru. Lama gak x update blog ni atas kesibukan yg xtau bila nk berakhir. Huhu..Walaupun belum siap kemas sepenuhnya, alhamdulillah ada pelanggan yg sanggup dtg dan buat dalam keadaan yg kurang sempurna. Hehe..tq bro (p/s : tq gak bagi selipar tuan..hehe :D)

Ni nak lampirkan antara pelanggan terawal yg dtg ke kedai kami. Chrome silver tint @ kenari. Nice kn? Matching ngan warna body :D  RM 380 full car package. Info lanjut hubungi 019-660 6365.

Kedai kami di Sg Tangkas ye semua. Dah xde di Taman Putra Kajang :)


Wednesday, January 7, 2015

Hijrah

Alhamdulillah, dah beberapa hari dah masuk tahun baru Masihi. Serentak dengan tu, kami nk umumkan yg kami telah berhijrah yakni berpindah kedai ke lokasi baru di Lot 1P, Kompleks IKS Sg Tangkas, 43650 Bangi, Selangor. X jauh dari UKM Bangi je kedai kami. Lebih kurang 5km je dari kedai lama. Jadi, yg nk ke kedai lama kami tu, sila berkunjung ke kedai baru ye. Hehe..Bulan lepas agak sibuk sket sbb nk uruskan beberapa perkara termasuk perpindahan ini. Ditampilkan gambar sikit utk tatapan semua. Terima kasih semua yg menyokong kami selama kami berada di Putra Kajang selama 2 tahun ini. Tanpa anda semua, siapalah kami :D Sila hubungi kami di 019-660 6365 ye. Terima kasih :D

Angkut jangan x angkut

Banyak nak kemas ni. huhu..

Saturday, November 8, 2014

Boleh tint gelap ke x ni?

Ramai yg tanya ngan kami, sebenarnya peraturan baru tu dah bole pakai ke tak? Ok, utk info anda semua, sepatutnya peraturan baru cermin gelap dilaksanakan pada 1 November 2014. Namun begitu, atas sebab2 tertentu, peraturan baru untuk cermin gelap telah ditunda ke 1 Mei 2015. Dalam ertikata lain, sekarang ni masih pakai undang2 lama lagi ye. Hehe..jadi berhati hati kepada anda yg menggunakan cermin gelap :D

Walaubagaimanapun, kami letakkan sikit contoh cermin gelap yg dibenarkan untuk rujukan anda semua :) #jomtinted #tintedsejuk #tintedgelap

Peraturan sekarang




Tinted yg diluluskan pada 1 Mei 2015..abaikan tulisan berkuatkuasa 1 November 2014
sebab ditunda ye semua :D


Thursday, November 6, 2014

Iriz in da house

Assalamualaikum...lama dh x update Blog ni. Bz sikit sejak akhir2 ni :) Ok, mesti ramai tahu tentang pengeluaran kete baru Proton Iriz. Kete ni on the road pun x banyak lagi. Tapi alhamdulillah ada kereta customer yg dtg pasang tinted. Ditampilkan Proton Iriz...Black Iriz with Black Tint ;) RM 160 je satu kereta. Cool Black Tint. Enjoy!! #jomtinted #tintedmurah

Black Iriz with Cool Black Tint

Wednesday, September 17, 2014

Perodua Axia...sape dh tgk?

Model baru Perodua...Axia ;)


Selamat Hari Malaysia yg ke 51 :) Sempena Hari Malaysia ni, saje nk tulis entri mengenai produk baru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua yakni Perodua. Hehe..
Sape dh g tgk? Aritu kami sempat pegi masa launching kete baru Perodua ni. Nama dia Axia (ramai dh tahu pn :p ) Axia ni model yg dikeluarkan utk ganti model Viva. Lepas ni xde dh Viva baru. Hanya Axia je utk kategori kereta segmen A. Segmen A tu ape? Segmen A tu kategori kereta a.k.a Saiz kereta tersebut. Segmen A ni segmen kereta kecik (yg paling kecik la ye). Tapi Myvi bukan ye. Myvi ni segmen B. Yg saing dgn Axia ni mcm i10 dan yg sekelas dengannya. Sbb tu production Myvi jalan mcm biasa. Sbb kategori x sama. 

So bila namanya kereta kecik (compact car kata omputih), asas teorinya yg pelanggan cari sbb nk jimat minyak, senang parking dan sebagainya. Entri level utk org yg baru nk beli kereta atau nk cari 2nd car gitu. Tapi yg menarik Axia ni, dalam dia xdela rasa sempit padat pn. (Rasa dalam kereta Saga Iswara pn lagi sempit. Huhu..) Kalau anda rasa Viva dah selesa dalam dia, Axia ni lebih selesa, finishing pn cantik. Kira ikut trend semasa la Axia ni. Bumbung dia pn x la tinggi sgt. Jadi nampak lebih seimbang banding ngn Viva. Xdela nampak kcik sangat pun kete ni. Yg best kete ni, luggage atau but belakang dia mmg besar. 260litre boot space. Pergh...kalah myvi ni. Pelik gak camne leh luas, tapi selepas diterangkan oleh SA Perodua yg sangat membantu, rupanya lantai bonet blkg dia ni, diorang buat ke dalam sikit. X mcm myvi, so kalo beg baju saiz biasa tu leh susun tegak..banyak la ruang yg ada. Clever Solution for a compact car ;)

Luaran plak not bad. Kalo model yg up skit mcm SE n Advance Version, banyak la aksesori hebatnya. Siap ada front sensor, lampu projektor, line chrome kt tepi pintu sebelah bawah, lampu depan n belakang yg berbeza dengan spec rendah (E n G spec) dan mcm2 lagi. Bila tutup pintu dia pn terasa kemas banding ngn model sebelumnya walaupun yg spec rendah. Kereta ni pn dikatakan antara yg paling jimat penggunaan minyaknya. 21.6km/l. Kira isi RM 1.90 (minyak ron95 leh pegi 21.6km) pergh...jimat tu tapi bergantung pada cara pemanduan juga ye. Hehe..

Harga plak dari RM 26,000 ++ sampai RM 44,000 lebih kurang (xingat sgt jumlah betul sbb lom mampu nk beli cash lagi. Ekeke...). Mmg murah yg entri level tu. Yg best sbb enjin tetap sama yakni 1000cc tp beza pada aksesori. Beza apa? Kalo yg paling murah tu, Radio xde, rim kompang, sensor belakang xde. Pendek kata togel la. Macam kete utk sekolah memandu. Tapi yg kaki mekap kereta ni mungkin bole beli yg basic pastu buat ikut citarasa sendiri. Hehe...tapi kalo nak yg emsem sket, n nak factory fitted (kira aksesori Original dari kilang) leh amik yg up sket atau amik je advance model kalo ada bajet. Hehe...

Rumusannya, Viva replacement model ni mmg baik dari kebanyakan segi berbanding Viva sendiri, cuma nak kena test drive dulu nk dpt feel dia camne. Yang agak musykil skit, kalo naik bukit atau nk dpt 110km/j tu senang ke? Sbb dari segi berat dia, berat sket dr viva, so kena test drive utk tahu jawapannya. Hehe..

p/s : Leh contact SA Perodua En Aizat (013-529 3147) kalo nk info lanjut or nk beli kete :D

Sunday, September 14, 2014

Nak habis dah..

Kepada anda yg masih ingin memasang tinted, jom dapatkan harga promo sehingga 16 September ni shj. X sempat nk dtg pasang? Xpe, bole tempah dulu. Leh hubungi kami di 03-8740 8121 atau 019-660 6365 (call, sms, whatsapp) Jom tinted :D

Sunday, September 7, 2014

Promosi Tinted September 2014

Assalamualaikum. Lama rsnye dh x update blog mekapkereta ni. Salunye update status page facebook Mekapkereta Sejuk je :) Ok, entri kali ni pasal promo lagi...yeahhh...kalau promo,komfem la rege murah :)

Sempena kemerdekaan Malaysia ke 57 baru2 ni dan x lm je lagi Hari Malaysia pulak,jadi kami menawarkan promosi istimewa bg kereta PROTON & PERODUA (Exora & Alza terkecuali ye)... Kami memilih Cromax Tint Film utk promo kali ni. Tinted ni mmg paling hot...terlajak laris gitew :p Tp sy btau siap2 ye...yg ni x lepas JPJ tau. Sbb VLT dia 35% so gelap sikit dr yg abg J benarkan :) IR pulak 60%jd tinted ni sejuk. Seperti biasa, bacaan UV 99% :)

Harga promosi Cromax Tint ni utk satu kereta siap pasang adalah RM 170 je..murah kan? kenapa murah??? sbb ni la antara cara kami laburkan wang utk pengiklanan bisnes kami ni. Sape lah kami kalau nk d bandingkan dgn kedai2 otai yg dh gah d mata pengguna..huhuhu...nk iklan kt radio ke tv mahal benor...sewa bilboard pun mahal.. :( tp terhad utk kereta Malaysia je la ye..PROTON & PERODUA aje ;) tp Exora & Alza xdapek nk nolong...bosar tu..ekekeke...ok...#jomtinted @ #MekapkeretaSejuk :) jgn lupe like page kami ye facebook.com/MekapkeretaSejuk @ hubungi kami di 019 660 6365 / 03 8740 8121

Terima kasih atas sokongan anda :)